Don't Judge the blog by it's followers

Saturday, 10 August 2013

Tahi bintang tidak bergentayangan

"pernah nampak tahi bintang?"
.."tak pernah.."
"aku pernah nampak..."
"kat mana...?"
"kat atas puncak vista"
" ada ke..?"
... "ada..."
"kalau macam tu, nak tengok jugak lah.."
"jom...kalau da rezeki dapat lah tengok"

------------------

kayu api dipatah-patahkan
menyitir dedaun kering
dilempar ke dalam unggun api
kayu telah menjadi bara
ditiup angin malam itu
hanya cahaya api menerangi gelapnya malam

suara keriuhan dari tempat tinggi
tidak didengari sesiapa
berdiri mereka memikat api
duduk berdepan memujuk api
dua unggun api dinyala-nyalakan

malam kian larut
tahi bintang masih belum muncul
usai makan bersila
bara api masih menyala buat suluhan
hanya bintang berkelip-kelip

tahi bintang masih belum muncul
bara api dipadamkan.
segala peralatan dikemas
semua menuruni anak tangga
dari puncak ke bawah

walaupun tahi bintang tak bergentayangan
yakin ia jua pasti tersenyum
melihat kami sekawan
datang berteman dengan angin
bercengkerama bersama


Teman Setia Ketenangan

Pena baru

Di laman facebook ramai yang meneropong kita baik keluarga terdekat, sanak saudara, sahabat handai, guru dan pensyarah serta orang-orang luar yang tidak dikenali. Semua golongan ini bercampur dalam alam maya yang mana dapat melihat tiap tulisan kita setiap kali mengupdate status.

Demi menjaga hati atau mengelak dari sebarang ketidakfahaman, tidak sependapat, andaian-andaian, segala macam perspektif dari golongan sanak-saudara, saya mengambil pendekatan untuk mewujudkan satu lagi account fb yang baru untuk saya menulis tanpa sempadan hati.

Ada desas-desus yang timbul apabila tiada teguran sapa di antara anak saudara kepada ibu saudara apabila mereka aktif online. Hal ini lama-kelamaan akan menyebabkan salah faham akibat tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak. Facebook saya yang sekarang ini digunakan secara peribadi dan ada kalanya menjadi ruang untuk saya berpuisi serta menukilkan sesuatu. Akhirnya, saya ingin pisahkan dua dimensi ini lalu mewujudkan 1 facebook yang lain untuk saya berkarya.

Facebook baru saya itu diberi nama Venusia Light. Hanya kenalan rapat dan orang-orang yang tertentu saya add as friend. Tiada sedara-mara yang dekat dan jauh di situ. Saya letih jika ada sedara-mara yang menyalahfaham maksud puisi yang saya sampaikan. Pelbagai tohmahan yang diandai-andaikan. Demi mengelak dari fitnah, saya perlu ada ruang yang baru.


Jika seorang penulis dikritik serta dikutuk hasil karyanya, why not kita yang menulis secara peribadi di laman facebook menerima akibat yang sama.
Saya menulis sesuatu yang menjadi kepekaan saya apabila saya melihat, mendengar, merasa dan memahami. Jika benda itu perlu dikongsi, saya akan pamer di laman facebook.

Wallahualam.


-Teman Setia Ketenangan

Editor

A part of my dream is to be an editor, writer and so on. From the deepest of my heart, I want to be a writer. Seniku tumpul, hanya bisa berbasa-basi di sini, Cuma mempunyai minat dalam penulisan sastera.



Tahniah kepada salah seorang sahabat baik saya yang telah ditawarkan menjawat jawatan sebagai seorang editor bahasa melayu di Telaga Biru. Sebulan yang lalu, kami sama-sama keluar mencari kerja di sekitar Sungai Petani. Alhamdulillah rezekinya berkunjung tiba. Rezeki di bulan Ramadhan katanya. Selepas raya, beliau bakal memulakan kerjayanya di Telaga Biru.

Mungkin bukan rezeki saya, iklan jawatan kosong as an editor itu pernah beliau post di inbox fb saya, dek kerana tiada degree in Bahasa Melayu, saya lebih merendah diri untuk mencuba. Kata sahabat saya, sewaktu interview mereka memberi soalan berkaitan tatabahasa dan sebagainya seperti soalan exam.
Saya hanya berbekalkan minat di dalam penulisan bahasa melayu tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik untuk mengunggulkan diri dalam bidang tersebut.

Tugas yang akan dijalankannya juga satu pekerjaan yang mulia lagi berpahala. Antara kerja beliau nanti adalah menterjemahkan tafsir ayat Al-Quran ke dalam Bahasa Melayu. Dan yang pastinya beliau telah terlebih dahulu jatuh cinta dengan suasana di ruang pejabat Telaga Biru.

Kepada sahabatku khodie…selamat bekerja!


Thursday, 25 July 2013

Cari Kerja

Selepas tamat belajar,perkara yang berada dalam fikiran saya sekarang ini adalah mencari pekerjaan yang sesuai. Zaman sekarang agak susah mencari peluang pekerjaan melainkan rezeki masing-masing. Sementara menanti “Hari jubah biru” oktober ini, saya agak runsing mencari kerja.
 

Seperti biasa, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencari kerja adalah seperti:

Kadang terpengaruh dengan cakap-cakap orang.
“Kerja apa dah sekarang? “
“Oh, belum kerja, Cuma bantu mak berniaga “
Sahabat saya pernah tanya: kau buat apa sekarang?
Balas saya: oh tolong mak sambil tunggu peluang kerja.
Balasnya: peluang kerja??? Hahah dengan nada ketawa
Saya hanya mengiyakannya.
Kata dia: habis kau tolong mak kau tu, bukan peluang kerja ke? Tu pun kalau kau nak anggap tu peluang lah.
Saya agak tersentak dengan msg yang dibalasnya. Kata-katanya sangat membuka mata.
“aku ada ramai kawan yang parent mereka ada company sendiri, tapi mereka nak cari kerja luar berbanding kerja dengan parent” katanya lagi.
Walaupun kata-katanya berbaur gurauan, dia banyak meransang minda saya.
Itulah kata-kata orang, fikir secara negative ataupun positive!
Niaga dengan mak
Paling senang nak dapat duit adalah dengan berniaga benda yang mampu orang beli, ya..walaupun dengan secucuk cucuq codok (jemput-jemput pisang). Sehari RM 20 dalam tangan.
Bisnes online?
Ada jugak hari tu, saya menjual bedak arab di laman FB, Alhamdulillah walaupun stok yang diambil tak banyak, habis jugak dijual.
Berkelana mencari kerja
Saya dan teman bertebaran mencari kerja sekitar Sungai Petani. Tetapi masih tidak jumpa kerja kosong.
Borang
Ada dua tiga borang permohonan sebagai guru saya ambil, ada yang dah isi, ada yang belum dan ada yang dah hantar ada yang belum. Fikir secara tepat. Orang cakap just try..
Kerja bank
Kenalan mak minta saya mohon kerja di Bank Rakyat, katanya nak pakai orang. Tapi saya kata dekat mak: “ saya tak minat kerja bank mak”, dan saya beri alasan.
Temuduga
Temuduga pertama yang saya hadapi.
Saya berkelana ke Kuala Lumpur untuk interview di Tabung Haji. Walaupun syarat kelayakan untuk graduan yang sudah grad, yang penting usaha. Dapat tak dapat lain cerita, yang penting pengalaman interview. Tabung Haji sekarang dah korporat, tak macam dulu katanya. Time i.v ni ada 3 step yang diharung. Step 1: Ujian Fardu Ain, Step 2: Ujian bertulis B.Inggeris dan step 3 : Temuduga dengan 3 orang ahli panel. Time ni, ada 3 pula sesi. Pertama : sesi pengenalan diri. Kedua: topic perbincangan serta suarakan pandangan. Ketiga: Talk in English.
Tolak tawaran
Surat temuduga sampai di rumah. Selepas baca, hati tidak tergerak untuk pergi temuduga sebagai guru agama. Bukan kerana tidak minat mengajar. Tapi ada sesuatu yang lebih penting saya kena utamakan. Lagipun tempatnya di Klang. Kalau di sekitar K.L saya masih boleh menapak.
Kenapa tak minta kerja di tempat praktikal dulu?
Ada sesuatu yang tersimpan di hati lalu memberi kesan.

Bukan kerna memilih tetapi bukankah pilihan itu di tangan kita? dan saya yakin kepada Allah, ada sesuatu yang menanti di depan saya. Saya menunggu sesuatu yang diharapkan. Tetapi “ia” belum tiba.
Wallahualam.
-TSK

Sunday, 14 July 2013

Cerpen Pilihan

Seperti mana yang saya katakan, saya tertarik pada buku yang berjudul ‘Cerpen’. Buku cerpen pertama yang saya miliki adalah buku bertajuk CERPEN oleh Khairulnizam Bakeri. Buku ini saya beli di Kedai Buku 1Malaysia di Pudu Sentral. Dan selepas itu saya terus membeli buku CERPEN oleh penulis yang lain tetapi satu penerbitan yang sama iaitu FIXI.



Setahu saya, Publisher FIXI adalah company penerbitan yang baru era ini. Selain itu saya juga menyukai LEJEN PRESS. Kedua company penerbitan ini mempunyai ciri-ciri yang sama. Karya penulisan mereka kreatif, santai dan entah bagaimana saya hendak gambarkan. Sebab perlu membaca terlebih dahulu dan menilainya.



Cerpen keluaran FIXI bersifat atau bertema urban dan kontemporari. Sehingga kini saya masih belum faham apa itu “Noir” dan “Pulp”. Sebab antara criteria atau syarat untuk menulis novel FIXI mestilah;
  • ·         Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk
  • ·         Fikir ‘Pulp’
  • ·         Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.

Selepas membaca buku-buku FIXI ini, gaya penulisan mereka sama. Dan mungkin istilah noir dan pulp itu sudah saya fahami semasa membacanya tetapi tidak terungkap makna secara terperinci.

Buku-buku keluaran mereka lebih diminati remaja-remaja abad ini lelaki mahupun wanita.

Dan bagi saya, walaupun nilai yang diketengahkan tidaklah terlalu berunsur Tauhid, ia menghiburkan dengan teladan yang diterapkan secara santai dan lucu serta memaparkan olahan cerita yang tidak dijangka/terlindung.

Hanya sampai di sini saya kongsikan. Itu adalah pendapat peribadi. Buku-buku cerpen ini saya baca untuk menceduk gaya penyampaian mereka untuk saya kembangkan daya pemikiran.
                                                   



Tuesday, 9 July 2013

Panduan

Semasa teman adik hantar baju kerjanya di POPULAR Tesco semalam, mata sempat menerawang ke rak-rak buku yang tersusun kemas di situ. Sudut novel dipamerkan di hadapan pintu utama sebelah kiri. Namun ruang itu tidak menarik hati saya untuk menyentuh walau senaskah.

Kaki melangkah ke satu tempat yang lain. Mata melirik melihat judul buku yang tersusun. Akhirnya, saya terjumpa buku yang saya gemari. Pantang mata melihat perkataan ‘cerpen’ ‘menulis’ serta ‘penulis’ di muka hadapan kulit buku, pasti tangan terus memegang.

Buka dompet, selak-selak jika masih ada wang kertas yang terselit di dalamnya, niat di hati hendak membelinya walau macam mana sekalipun. Nasib baik dapat guna kad potongan harga sebanyak 10% yang dimiliki oleh adik. Itulah kelebihannya sebagai seorang staf di situ sebelum dia berhenti kerja.

“PANDUAN MENULIS CERPEN”…nah inilah buku yang saya perlu miliki untuk melebarkan sayap dalam karya cerpen. Penulis buku ini adalah Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia: Jasni Mat Lani.



Petikan kata di muka surat 181:

Bagi nelayan, pendayung sudah di tangan. Tetapi bagi kita sebagai penulis, mata pena sudah di tangan, ilmu juga sudah penuh di dada, justeru itu mulakan langkah  kita. tulis cerpen mengikut cara kita. latih diri bagi menulis setiap hari dan terus menulis”

Buku ini adalah buku keempat saya menelaah sebagai rujukan.



Tuesday, 25 June 2013

Penulis yang disayang Tuhan

Sedutan ayat dari buku: Penulis yang disayang Tuhan ( Bahruddin Bekri)

Jadi kamu pula bagaimana? apa dorongan serta motivasi kamu untuk belajar menulis

"Saya ni perempuan yang yang halus jiwanya. lalu perkara halus yang bagaimana lagi yang boleh saya gambarkan jiwa saya selain menulis."
... kata adinda Aisyah.

"Perempuan itu aslinya pemalu. Malunya ada pada mata, lalu perempuan pejam. Malu juga ada pada wajah. lalu perempuan tunduk. Perempuan itu juga sangat malu pada lidah, lalu perempuan diam. lalu di mana perempuan seperti saya mahu memberitahu rasa hati sekiranya wajah tunduk, mata pejam, lidah diam? kami hanya mampu mengalirkan rasa hati pada jemari halus iaitu melalui tulis." tambah adinda Aisyah kepada Usamah.

Dan , saya menyokong hasil tulisan ini atau mendukung kata-kata dari adinda Aisyah, yang memegang watak warga Indonesia yang datang ke Malaysia tanpa izin. Beliau mengikuti kelas penulisan dari Usamah seorang penulis yang putus asa.
Buku ini saya cerna sedikit demi sedikit. Sambil membaca, saya akan highlight tiap perkataan yang berupa ilmu untuk saya garapkan. Buku ini seperti bahan rujukan untuk saya keluarkan tiap isi penting untuk menguasai bidang penulisan.
Saya penulis pasif. Hanya meluahkan kata, tidak berani berkata.
Di blog inilah medan untuk saya  berbasa-basi.
Ada seorang penulis yang berputus-asa.
Seorang pelajar 10 tahun yang taat kepada bapa.
Seorang gadis yang berada di hujung usia.
Tiga pendatang tanpa izin yang hidupnya disaluti kecewa dan hina dan
Lima bekas penulis yang penuh rahsia.
Siapa penulis yang disayangi Tuhan? Namun kisah ini lebih daripada sekadar itu.