Don't Judge the blog by it's followers

Sunday, 28 October 2012

Tinta si Sahabat Maya

Saat ku mengenali sahabat maya di laman sosial facebook, terkesima sekejap dengan dirinya ..seolah-olah telah mengenali diriku secara dekat. Hanya bertalikan “Ukhwah” kami seperti sejiwa bersama dalam mengeluarkan kata-kata, status FB ku dikomennya dengan memberi pandangan serta kata-kata pemikat jiwaku..
Terdetik di hati ingin melihat orangnya, tapi apakan daya pintaku agar beliau menjelma dari maya seolah dibisukan dengan alasan suatu hari nanti “kita pasti akan mengenali secara fizikal” . Mungkinkah dia pelajar sini juga atau sebaliknya. Apa-apa pun itu bukanlah sebab atau syarat untuk berukhwah bukan?
Saya senang berbicara dengannya walau hanya dia mengenali saya, terasa seperti tidak adil apabila saya tidak dapat melihat wajahnya kerna beliau tidak meletakkan sekeping gambar pon di facebook nya...
                                                            
Suatu hari, kebinggungan saya bertambah apabila beliau meninggalkan pesanan di ruang “message” facebook saya dengan pertanyaan seperti ini:


Assalamualaikum.. akak..
Dari blog akak..pnulisan akak lebih kepada hati dan penghayatan diri.. serta ana lihat ada elemen kasih sayang dan pengharapan.. jadi terungkap di pemikiran cetek ana ini untuk bertanya beberapa rangkaian soalan kiranya akak sudi...
Dari penulisan dan gambar dalam blog akak yang memaparkan "temenung" seorang diri, ana  ingin bertanya untuk kepastian.. sekurangnya ana mengenali sahabat ana ini bkn hanya pada luaran.. izinkan ana btanya..
pertama:akak rasa sunyi ke?
kedua:akak sedang mecari pasangan terbaik utk akak ke?
ketiga: akak risau masa depan akak yang x pasti lagi mcm mana?
sekiranya persoalan ini mampu dijawab,jawablah dgn hati..kiranya ianya terlalu rumit.. selamilah diri. maafkan ana akak sekiranya apa yg ana rasa ini sama dgn apa yang akak rasa.. saya hanya ingin berkongsi.

******************************
Allah pinjamkan ilmunya untuk saya memahami org.. hm.fitrah kita sbg manusia ni memang banyak pemikiran, perasaan, keinginan, nafsu yg ingin dicapai namun semua itu ada batasnya yg mjadi kokongan pada diri.. dan kita adakalanya jadi serba salah dgn diri kita krna jwpan yang tak pasti..
akak.. akak ada kekuatan tersendiri dan luahan akak secara baik mlalui pnulisan.. dan terkesan juga dihati saya, sbb itu sy percaya akak mnulis dari hati dan naluri akak sdiri. 'Sesungguhnya setiap ksulitan itu ada kemudahannya'..
*****************************
“Adakalanya kita menjadi serba salah dengan diri sendiri kerana jawapan yang tidak pasti.”

Allahu rabbi…belum pernah saya jumpa dengan insan seperti ini, rupa-rupanya dia juga mengikuti blog TSK. Saya membalas tiap pertanyaannya dan mengatakan apa yang menjadi persoalannya adalah jawapan buat dirinya juga. Segala tekaan dari pemerhatiannya mengenai diri saya dibaca satu per satu. Ada beberapa soalan lagi yang saya tidak dapat kongsikan di sini kerana terlalu peribadi.  Bagaimana bisa seorang yang tidak pernah bersua muka denganku sepertinya dia mengetahui tiap coretan hatiku..(bermonolog dalam hati).
Allah menghantar beliau kepadaku pasti tidak sia-sia bukan? Hikmah berkawan adalah rahsia Allah kerna kita tidak tahu apa akan ada depan kita nanti.

click  "picture"  for the full image ^^

Semoga kami bertemu di alam nyata! ^^

Thursday, 11 October 2012

Congratulation's on your Graduation..

Bismillahirrahmanirrahim…
Penulisan kali ini saya tidak bercadang untuk menulis panjang…hanya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat mereka yang telah melepasi fasa pengijazahan. Alhamdulillah rasa-rasanya, musim konvokesyen telah pun melabuhkan tirainya…di setiap universiti.
Kesempatan di semester 7 ini saya berpeluang merasai nikamat berkonvokesyen walaupun bukan diri ini yang memakai topi serta jubah graduasi, cukuplah sekadar memerhati gelagat dan menghayati kegembiraan saudara-saudara kita yang telah menamatkan pengajian mereka untuk fasa kali ini.
Pada 3 Oktober 2012 yang lalu, pertama kalinya saya telah menjejakkan kaki ke Universiti Malaya bagi menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen abang saya.  Alhamdulillah, beliau telah pun berjaya mengapai segulung Ijazah dengan jayanya. Saya ke sana bersama Ibu dan adik. Jika arwah ayah masih ada, pasti beliau berbangga sekali melihat anak lelakinya berjaya.

Setelah pulang dari Kuala Lumpur, saya sempat meraikan sahabat handai di Universiti Utara Malaysia yang mana mereka adalah keluarga saya di UUM, iaitu my PERKIM family..antaranya adalah Khalifah Omar Abdullah, abg Mohd Jelani, achik Ridzwan Mohamed, Deddy Dixson, kak Fatehah..dan yang tidak sempat bertemu adalah Miska Mardin dan Zarina. Tahniah buat kalian.
Pada malam 8 Oktober, kami mengadakan majlis kesyukuran meraikan kejayaan mereka. Terima kasih kepada semua Mantan's PERKIM UUM kerana sudi hadir.

Bagi yang sedang berpraktikal, selamat meneruskan fasa praktikal anda, InsyaAllah tahun hadapan kita bakal bergraduasi bersama-sama.^^ 
special creation...to achik...from us...
gambar yang telah diedit dan diframekan...hadiah dari kami..^^
Mengembirakan orang lain juga adalah satu ibadah! Semoga ukhwah yang terjalin semakin menetas dan membiak hingga akhirnya. sekali lagi , Mabruk a'la falahukum..

Friday, 5 October 2012

Kerna Wang


sana sini mereka berbicara
soal ringgit yang menjadi mata wang...
walau bukan segalanya..
tapi segalanya berharga dan bernilai

ada yang memberi
ada yang menerima
ada yang menderma
ada yang menyumbang
ada yang memerlukan
ada yang mengemis
ada yang menagih

keikhlasan menjadi tanda tanya
sejauh mana ketulusan hati merajai
tangan yang di atas adalah lebih baik
tangan di bawah penuh syukur

miskin syukur pada Tuhan
kaya jangan lupakan Tuhan

memberi tanpa diminta balas
menerima menikmati kesyukuran

Kerna wang...

meja judi bersepah
rasuah disuap-suap
maruah dipajak gadaikan
anak isteri menjadi modal pelaburan
warga lemah dikerah sakunya
persaudaraan dipecah belahkan
sistem riba dikuatkuasakan

yang kaya menjadi semakin kaya
yang miskin semakin miskin

dek kerana
ekonomi yang direka-reka
ekonomi yang diikut-ikut..

Islam hadir memudahkan segalanya
acuan mana yang kita guna?

Hayati konsep Islam sepenuhnya...
Hati akan menjadi tenang...


 -TSK

Friday, 14 September 2012

Perkahwinan Pendakwah Muda

Firman Allah swt,
 yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32
Penyatuan ikatan yang suci adalah bilamana melalui sebuah pernikahan yang
terikat hanya dengan lafaz ijab dan qabul. Maka dengan itu, layarilah bahtera perkahwinan dalam lautan bahagia. Bagi sang suami, anda adalah nakhoda kapal yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ahlimu. Ombak dan badai yang datang menghimpit perlulah bijak menongkah arusnya.
Bagi pasangan abad ini yang telah melaksanakan satu dari sunnah Rasulullah s.a.w ucapan salam bahagia sentiasa meniti di bibir para pendoa buat kalian. Apabila dilabelkan “berkahwin muda” bukanlah dimaksudkan bahawa perkahwinan itu hanya untuk golongan tua. Tetapi perspektif umum dewasa ini menterjemahkan istilah “kahwin muda” adalah mereka yang sedang belajar, masih belum menghabiskan pengajian serta belum bekerjaya. Muda itu sesuatu yang subjektif, tetapi apa yang perlu diukur adalah tahap kematangan serta rasa bertanggungjawab mahupun amanah sebagai penilaian objektif sebuah pernikahan itu.

Perkahwinan itu satu dakwah bukan? Itulah yang dilakukan oleh pasangan muda bahagia mohammad Yaakub Yusra , mantan pelajar Sekolah Agama Daris, yang kini bergelar pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malayisa (UPNM) selaku Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar di UPNM. Malah kegiatan aktifnya memberi ceramah turut melabelkan saudara Yaakub sebagai pendakwah muda.
Antara bait status sahabatnya di facebook:
tahniah buat sahabat ana yang baru sahaja bergelar suami kepada seorang isteri.. Mohammad Yaakub Yusra...seorang yang ana sangat hormati sebagai pendakwah muda dalam kalangan masyarakat di sekelilingnya... tahniah ye Cik Izzah Rosli... sangat bertuah apabila berada di sisi suami yang menjadikan dakwah sebagai isteri pertamanya... benarlah islam itu tidak akan berhenti tersebar walaupun sudah terbinanya sebuah perkahwinan yang menjadi tunjangnya adalah pasangan suami isteri yang menjadikan bidang dakwah sebagai bidang utama...^^

~ berpegang kepada prinsip TAKUT dan HARAP ~
**********************************************
Baiklah , di sini saya ingin berkongsi perkahwinan junior sekolah saya yang mana kedua-dua pasangan ini rakan sekolah saya. Majlis pernikahan mereka diserikan sendiri oleh wali pengantin perempuan iaitu Encik Rosli Bashah as known as "abah" di kalangan rakan taulan mereka..atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rosli di kalangan kami.

Kesempatan cuti semester ini, mentakdirkan mereka disatukan secara "halal" kerana kedua-duanya masih belajar, jika si suami di UPNM manakala si isteri masih menuntut di Al-Azhar Mesir. Kelainan yang dapat penulis lihat mengenai perkahwinan mereka adalah majlis perkahwinan dijalankan serentak di rumah pengantin lelaki dan perempuan. Jarak yang tidak berapa jauh di antara Kampung Bakar Kapor dengan Taman Nilam memudahkan pergerakan pengantin melakukan majlis secara serentak.

Majlis disambut dengan sederhana dengan kunjungan guru-guru sekolah, sahabat sekolah dan universiti serta sanak-saudara. Dari pagi hingga ke tengahari majlis di rumah sebelah penganti perempuan manakala majlis di rumah lelaki bermula jam 2.30 petang.


 Penulis tertarik dengan hantaran ini, novel islami oleh Ustazah Fatimah Syarha yang sarat dengan cinta dan dakwah. Hantaran ini adalah pemberian pengantin lelaki kepada pasangannya. Sweet kan!

 Baiklah, sampai di sini sahaja coretan mahligai impian yang dapat penulis kongsikan, jika mereka sudah beroleh bahagia dan akan terus menyebarkannya..kita bila lagi.?.hehe... 

me n friend with "pengantin bahagia"

Note: adik sekolah lama tanya.."kak..geng kak bila lagi nak kahwin"..hoho..sabar2 dik...slow2 dulu..kih3

Thursday, 2 August 2012

Kisah Cinta

Tajuk lagu: kisah cinta by Feelhoney
Actually, saya suka sangat lagu ni…pernah nanyi dengan kawan-kawan..sedih lagu ni..entah la kenapa jiwa saya ni selalu sangat terkesan dengan sesuatu yang sedih. Tajuk lagu ni  kisah cinta, ia berkisar tentang kisah cinta sejati sahabat yang telah pergi dijemput Ilahi terlebih dahulu.
Al-kisahnya, mereka berjanji untuk tidak mengalirkan airmata dan tidak berduka. Saya dapat rasakan kehilangan sahabat bagaimana rasanya, walaupun bukan sahabat rapat tapi mereka adalah individu yang hadir dalam hidup kita yang telah mencurah rasa suka dan duka, bila kehilangan terjadi di depan mata, itu sangat menyedihkan. Marilah sama-sama kita doakan agar mereka-mereka yang berada “di sana’ dalam rahmat ilahi. Al-Fatihah.

Dulu Kau Berdiri Bersamaku
Dan Saling Mengukir Janji
Bahwa Kau Kan Selalu Ada Disini
Susah Senangku Bersama Kau Tempuhi
Ku Hargai

Kini Kau Dimana
Meninggalkan Ku Sendiri Tak Berdaya
Pesanmu Padaku Janganlah Bduka
Jangan Menangisimu Bila Kau Tiada
Ku Mencuba..

Air Mata Pun Jatuh Ke Pipi
Mengingkari Janji Yang Ku Beri
Kisah Cinta Sahabat Sejati
Tak Berakhir Bila Engkau Pergi
Sahabatku Kau Kan Kurindui
Kerna Kau Takkan Kembali

Walau Kau Disana
Namun Doaku Kan Selalu Bersama
Maaf Kernaku Tak Pernah Tuk Berkata
Bahwa Kaulah Teman Yang Paling Sempurna
Yang Ku Ada..

Hargailah sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup kita, Allah temukan kita dengan mereka pasti ada hikmahnya dan bukan sia-sia. Kita hidup saling lengkap-melengkapi bukan? Bila bersahabat, of course ..dugaan dalam bersahabat pasti ada, sebab itulah kita harus pandai menguruskannya. Saya seorang yang mementingkan sahabat!

Sahabat..dengar sini…
jika kamu adalah sahabat saya yang telah saya sakiti hati kalian, sama ada saya sedar atau tidak sedar…maafkanlah saya. Saya cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik.



Wednesday, 1 August 2012

Kemanusiaan Semakin Hilang

Entah mengapa hati ini pedih sangat apabila menatap gambar-gambar saudaraku terseksa di sana, riak wajah mereka melambangkan segala keperitan.
Dengan sekali taip perkataan “Rohingya” di google sudut imej, saya belek satu per satu gambar penderitaan..ya Allah..tak sanggup rasanya jika diri ini adalah salah seorang daripada mereka. Hidup kian suram, ketakutan mengheret langkah. Anak-anak tidak berdosa dihukum untuk mati, saudara dan saudari ku di sana, bersabarlah..sesungguhnya Allah sedang melihat apa yang sedang berlaku.
Mereka  dibunuh kerana beragama Islam..maka berpegang teguhlah dengan janji Allah. Tentera-tentera Allah itu pasti datang, jika bukan hari ini...esok adalah harapan untuk kita. Bila kemenangan mengungguli dunia kezaliman. Dan Allah itu tidak tidur.


Kemanusiaan Semakin Hilang
Tangisan Menjadi Sengketa
Suara Kesakitan Enggan Didengari
Rintihan Kepiluan Tidak Diendahkan
Rayuan Mereka Dipekakkan
Kepedihan Mereka Dibutakan
Pada Dunia Yang Semakin Membisu

Mereka Dibunuh
Mereka Dibakar
Mereka Didera
Mereka Diperkosa

Aduhai Insan....
Tidak Mengalirkah Air Mata Kita?
Mereka Saudara Kita...
Bagaimana Nanti Jika Nasib Begitu Menimpa Kaum Kita..?

Kita Lupa Kerana Senang
Kita Alpa Kerana Selesa

Kekejaman Merakus Di Sana
Kezaliman Merajai Bumi
Kejahilan Semakin Menular
Keegoaan Menjadi Pegangan

Puaskah engkau membunuh????

Manusia...Di Mana Sifatmu...
Manusia..Di Mana Akalmu...

Kasihanilah Mereka Ya Allah..
Lindungilah Mereka Ya Allah..
Selamatkanlah Mereka Ya Allah..

Bagaimana Aku Ingin Jelaskan Penderitaan Mereka...
Jika Yang Mengalami Lebih Merasainya...

::
Ayuh...Sama-Samalah Kita Mendoakan Kesejahteraan Seluruh Umat Islam Akhir Zaman...::

-Tsk-

Monday, 30 July 2012

Doakan Kejayaan kami!

Alhamdulillah. Selepas bertahun ..kami bertemu semula….terutamanya syahidah yang sudah tamat pengajian ijazah nya dalam bidang bahasa arab di Universiti Al-al Bayt, Jordan dan Amira yang pulang bercuti semester di sini selama 2 bulan…juga sedang melanjutkan ijazah dalam bidang yang sama di Universiti Al-Azhar, Mesir. …mereka berdua lah sahabat saya yang ke oversea.

Bak kata sahabat yang lain “ tak..pe kita duk Malaysia, jaga Malaysia..hehe” begitulah seingat saya tika di bangku sekolah. Dari sekolah rendah kita bersama especially with syahidah, syafika, amira, shahira dan hakimah. Tidak lupa juga khodie yang mula menjejak kaki di Daris semasa form 4. Kita semua rapat dan terus kekal sehingga kini.

Kini, masing-masing memburu impian dalam jihad ilmu di atas landasan kehidupan tersendiri. Kelebihanmu  merawat kekuranganku, kekuranganmu ku sembuhkan dengan kelebihanku.



Setiap ruang tercipta memori…bagaikan semalam kita berada di dalam kelas, berbaris di belakang mengawal perhimpunan..dan sebagainya..hampir lupa tuk diceritakan di sini. Kadang-kadang tak semua babak kehidupan itu dapat kita ingati kan? Cukuplah sekadar merasa dan mengalaminya, kerna yang mengalami akan merasainya.


InsyaAllah setahun dua lagi kita bakal melepasi fasa “pengijazahan”dan menaiki ke fasa yang seterusnya mengikut kehendak hati masing-masing. Ilmu yang ada kita amalkan dan seterusnya berbakti…sejajar dengan moto sekolah tercinta, “Berilmu, Beramal, Bertakwa, dan Berbakti. InsyaAllah doakan kejayaan kami semua!

Doakan kejayaan kami…
Anis Sakinah Azizan, jurusan Pentadbiran Muamalat, Universiti Utara Malaysia.
Nor Syafika Ridzuan, jurusan Perbankan Islam, Universiti Utara Malaysia
Siti Khodijah Che Mee, jurusan Bahasa dan Linguistik, Universiti Putra Malaysia.
Nur Amera Che Harun, jurusan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Mesir
Nuur Syahidah Shaari, jurusan Bahasa Arab, Universiti Al-al-Bayt, Jordan
Nor Shahira Babjan, jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
Nor Hakimah Azemi, jurusan Syariah, Kolej Universiti Insaniah.

Tintaku melakar...