Don't Judge the blog by it's followers
Sunday, 30 December 2012
penunggu nakhoda kapal
Saturday, 15 December 2012
bagaimana inginku jelaskan..
Ini bukan kiasan dalam permintaan
Kerna rasa itu satu pemberian
Tidak meminta-minta
Tipulah jika tiada secebis harapan
Tika cemburu dan takut mendekati
Subhanallah…bagaimana ingin dijelaskan
Sukar dijawabkan..
Dalam sujud ku berdoa
Ya Allah..bagaimana ingin ku jelaskan
Tiap rasa ingin bahagia
Sejuta doa ku panjatkan
Saat pilihan memberi dua kata
Thursday, 15 November 2012
Nyawa di hujung tanduk
Kisah sahabat sejati….
Sekumpulan sahabat beriadah di air terjun …
Dipendekkan cerita ketika sedang bermandi di sana,
Dengan sekilas pandang seorang sahabat telah lemas dek kecerunan dasar yang tak diduga berdekatan air terjun (lubuk). Demi menyelamatkan si A, si B yang hampir dengan sahabatnya yang lemas cuba memegang si A yang telah lemas. Akhirnya misi menyelamatkan si A tidak berjaya kerana si B juga tidak pandai berenang. Kedua-duanya lemas ditenggelami air kerana kaki tidak tercapai ke dasar. Si C yang melihat kedua sahabatnya kelemasan, serta merta turut sama ingin membantu…tetapi si C juga turut lemas akibat tidak tahu berenang. Dalam keadaan yang lemas, sambil tangan cuba menongkah air agar hidung mencecah ke permukaan air , terasa seperti nyawa dihujung tanduk. Tidak sampai seminit kejadian berlaku terasa seolah-olah 3 minit berada di dalam air.
Dalam hati bertafakur mengingati Allah dan mati. : “adakah pengakhiran hidupku lemas di dalam air” suara hati mereka mula bertandang. Menunggu malaikat mencabut nyawa…
Semasa kejadian: tinggal dua orang sahabat yang lain…
Si D hanya memerhatikan kakak-kakaknya yang lemas dek kerana tidak dapat membantu, khuatiri beliau juga tidak dapat membantu apa-apa kerana tidak pandai berenang. Peristiwa lemas nya yang dulu kembali di benak ketika itu hingga membuat dirinya terkesima. Dia hanya mampu menjerit meminta pertolongan. Tetapi suaranya tidak didengari kerna terjunan air sekitar itu amat kuat.
Akhirnya dengan pertolongan dari Allah, Si E yang juga tidak tahu berenang cuba mendapatkan mereka yang lemas dengan doa dan kudrat yang beliau ada. Perkara pertama yang beliau lakukan adalah dengan menolak sahabat-sahabatnya yang sedang bertarung di dalam air ke tempat yang lebih selamat.
Pantas masa berjalan ketika itu, mereka bertiga sedar-sedar sudah pun berada di atas batu-batu kecil berdekatan tempat yang selamat. Nafas dihela selaju-lajunya…, jantung berdegup kencang, dan dada ketika itu umpama kembang-kempis mengandungi air. Dengan kuasa Allah, keempat-empat mereka selamat.
Apabila diceritakan semula, terasa seperti keajaiban berlaku, si E dapat menyelamatkan mereka bertiga dengan menolak sahabat-sahabatnya di permukaan air dan terdampar di tepi batu. Sedangkan beliau tidak tahu berenang. Apa yang mereka hargai adalah sifat mementingkan nyawa orang lain berbanding diri sendiri. Tiba-tiba mode berrmuhasabah diri mengelilingi mereka….
Allahu Rabbi…demi persahabatan ini..Engkau berikan perlindungan serta rahmatMu…
Di sebalik peristiwa ini, banyak tersimpul hikmah dan pengajarannya…kerana yang mengalami akan merasainya..
Pengajaran:
1- Masuk ke hutan, jangan lupa baca doa terlebih dahulu
2- Jangan terlalu seronok untuk sesuatu perkara kerana bimbang malang mengekori
3- Pentingnya sukan berenang hingga Rasulullah juga menganjurkannya malah sunnah Rasulullah yang perlu kita belajar.
4- Sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan air terjun
5- Nilai persahabatan yang tinggi
6- Sentiasa ingat mati
7- Dapat merasai detik lemas yang sebelum ini hanya melihat di kaca televisyen.
Wallhua’lam…
Cerita ini berkaitan penulis bersama sahabat-sahabatnya..
Starring:
Si A: Ayong
Si B: Angah (penulis)
Si C: Zulaika adik
Si D: AdeQ (fasihah)
Si E: Zulaikho
Turut membantu: dua orang adik beradik Zulaikho.
| bukan gambar sebenar |
| sekadar gambar hiasan |
Program Di Thailand
Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah masih diberi nikmat nyawa hingga ke hari ini….hari ni baru terdetik ingin berkongsi ceritera program di Thailand baru ni…kalau saya tak menulis panjang ok x? biar gambar yang berbicara….
Baik sebelum tuu, sebagai intro, actually program ni under Kelab Kenu UUM yang buat kerjasama dengan Kelab PERKIM UUM dan beberapa universiti lain. Program “Sea Kayaking Crossing 2 Countries & Charity With Kayakers” telah berlangsung pada 31 Oktober hingga 4 November 2012 baru-baru ini. Setting at: kampung Pulau Panjang (Koh Yoa), kampung Tam Malang dan Pekan Satun. Perjalanan ke Kampung Koh Yoa dari jeti kuala Perlis dengan menaiki bot mengambil masa selama 45 minit.
Pengalaman yang best di sana bagi saya sendiri bilamana dapat melihat minority masyarakat Islam Thai di sana. Alhamdulillah…ajaran Islam dipraktikkan dan diamalkan dengan baik. Biarpun rumah-rumah di sana dalam kapasiti yang sempit, tapi syukur melihat kejiranan yang akrab. Deretan rumah antara rumah sangat dekat. Di sana banyak kambing-kambing yang jinak hinggakan macam-macam mereka makan.Kucing jangan cakaplah….title “kucing siam” pasti sudah tahu bagaimana rupa mereka.
Saya dan beberapa rakan dalam Kelab Perkim UUM ditugaskan untuk handle slot Fardu Ain dan kerohanian. Di kampung Koh Yoa, kanak-kanak di sana sukar dikawal, akhirnya saya hilang suara walaupun guna microfon. Di Kampung Tam Malang, lebih senang handle kerana di sana kami diberi bilik darjah dan sub umur mengikut kelas.
| di koh yoa |
| di Tam Malang |
Seterusnya, perkara yang paling saya suka…main bola tampar, dah lama nak ada geng yang sehati sejiwa bersemangat main. Adik –adik di sini rupanya sangatlah ganas walaupun perempuan. Sebenarnya sukan yang popular di situ adalah bola tampar so, no wonder lah kan…!
Saya dan dua orang rakan yang lain mendapat keluarga angkat yang sangatlah baik. Kami menjadi anak angkat kepada Ustaz Ahmad. Ayah dan mak serta adik kami sangatlah baik melayani kami sepert keluarga sendiri. Time makan…Allahu Rabbi..mereka menjamu kami dengan sebaiknya. Semoga Allah membalas budi baik mereka. Jadi rindu pulak dengan mereka. Ya Allah, jika ada kesempatan lagi, pertemukanlah kami sekali lagi.Amin…
::Rasanya tadi tak nak menulis panjang….=p …::
Sunday, 28 October 2012
Tinta si Sahabat Maya
Saat ku mengenali sahabat maya di laman sosial facebook, terkesima sekejap dengan dirinya ..seolah-olah telah mengenali diriku secara dekat. Hanya bertalikan “Ukhwah” kami seperti sejiwa bersama dalam mengeluarkan kata-kata, status FB ku dikomennya dengan memberi pandangan serta kata-kata pemikat jiwaku..
Terdetik di hati ingin melihat orangnya, tapi apakan daya pintaku agar beliau menjelma dari maya seolah dibisukan dengan alasan suatu hari nanti “kita pasti akan mengenali secara fizikal” . Mungkinkah dia pelajar sini juga atau sebaliknya. Apa-apa pun itu bukanlah sebab atau syarat untuk berukhwah bukan?
Saya senang berbicara dengannya walau hanya dia mengenali saya, terasa seperti tidak adil apabila saya tidak dapat melihat wajahnya kerna beliau tidak meletakkan sekeping gambar pon di facebook nya...
Suatu hari, kebinggungan saya bertambah apabila beliau meninggalkan pesanan di ruang “message” facebook saya dengan pertanyaan seperti ini:
Assalamualaikum.. akak..
Dari blog akak..pnulisan akak lebih kepada hati dan penghayatan diri.. serta ana lihat ada elemen kasih sayang dan pengharapan.. jadi terungkap di pemikiran cetek ana ini untuk bertanya beberapa rangkaian soalan kiranya akak sudi...
Dari penulisan dan gambar dalam blog akak yang memaparkan "temenung" seorang diri, ana ingin bertanya untuk kepastian.. sekurangnya ana mengenali sahabat ana ini bkn hanya pada luaran.. izinkan ana btanya..
pertama:akak rasa sunyi ke?
kedua:akak sedang mecari pasangan terbaik utk akak ke?
ketiga: akak risau masa depan akak yang x pasti lagi mcm mana?
sekiranya persoalan ini mampu dijawab,jawablah dgn hati..kiranya ianya terlalu rumit.. selamilah diri. maafkan ana akak sekiranya apa yg ana rasa ini sama dgn apa yang akak rasa.. saya hanya ingin berkongsi.
******************************
Allah pinjamkan ilmunya untuk saya memahami org.. hm.fitrah kita sbg manusia ni memang banyak pemikiran, perasaan, keinginan, nafsu yg ingin dicapai namun semua itu ada batasnya yg mjadi kokongan pada diri.. dan kita adakalanya jadi serba salah dgn diri kita krna jwpan yang tak pasti..
akak.. akak ada kekuatan tersendiri dan luahan akak secara baik mlalui pnulisan.. dan terkesan juga dihati saya, sbb itu sy percaya akak mnulis dari hati dan naluri akak sdiri. 'Sesungguhnya setiap ksulitan itu ada kemudahannya'..
*****************************
“Adakalanya kita menjadi serba salah dengan diri sendiri kerana jawapan yang tidak pasti.”
Allahu rabbi…belum pernah saya jumpa dengan insan seperti ini, rupa-rupanya dia juga mengikuti blog TSK. Saya membalas tiap pertanyaannya dan mengatakan apa yang menjadi persoalannya adalah jawapan buat dirinya juga. Segala tekaan dari pemerhatiannya mengenai diri saya dibaca satu per satu. Ada beberapa soalan lagi yang saya tidak dapat kongsikan di sini kerana terlalu peribadi. Bagaimana bisa seorang yang tidak pernah bersua muka denganku sepertinya dia mengetahui tiap coretan hatiku..(bermonolog dalam hati).
Allah menghantar beliau kepadaku pasti tidak sia-sia bukan? Hikmah berkawan adalah rahsia Allah kerna kita tidak tahu apa akan ada depan kita nanti.
![]() |
| click "picture" for the full image ^^ |
Semoga kami bertemu di alam nyata! ^^
Thursday, 11 October 2012
Congratulation's on your Graduation..
Bismillahirrahmanirrahim…
Penulisan kali ini saya tidak bercadang untuk menulis panjang…hanya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat mereka yang telah melepasi fasa pengijazahan. Alhamdulillah rasa-rasanya, musim konvokesyen telah pun melabuhkan tirainya…di setiap universiti.
Kesempatan di semester 7 ini saya berpeluang merasai nikamat berkonvokesyen walaupun bukan diri ini yang memakai topi serta jubah graduasi, cukuplah sekadar memerhati gelagat dan menghayati kegembiraan saudara-saudara kita yang telah menamatkan pengajian mereka untuk fasa kali ini.
Pada 3 Oktober 2012 yang lalu, pertama kalinya saya telah menjejakkan kaki ke Universiti Malaya bagi menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen abang saya. Alhamdulillah, beliau telah pun berjaya mengapai segulung Ijazah dengan jayanya. Saya ke sana bersama Ibu dan adik. Jika arwah ayah masih ada, pasti beliau berbangga sekali melihat anak lelakinya berjaya.
Setelah pulang dari Kuala Lumpur, saya sempat meraikan sahabat handai di Universiti Utara Malaysia yang mana mereka adalah keluarga saya di UUM, iaitu my PERKIM family..antaranya adalah Khalifah Omar Abdullah, abg Mohd Jelani, achik Ridzwan Mohamed, Deddy Dixson, kak Fatehah..dan yang tidak sempat bertemu adalah Miska Mardin dan Zarina. Tahniah buat kalian.
Pada malam 8 Oktober, kami mengadakan majlis kesyukuran meraikan kejayaan mereka. Terima kasih kepada semua Mantan's PERKIM UUM kerana sudi hadir.
Bagi yang sedang berpraktikal, selamat meneruskan fasa praktikal anda, InsyaAllah tahun hadapan kita bakal bergraduasi bersama-sama.^^
special creation...to achik...from us...
![]() |
| gambar yang telah diedit dan diframekan...hadiah dari kami..^^ |
Mengembirakan orang lain juga adalah satu ibadah! Semoga ukhwah yang terjalin semakin menetas dan membiak hingga akhirnya. sekali lagi , Mabruk a'la falahukum..
Friday, 5 October 2012
Kerna Wang
sana sini mereka berbicara
soal ringgit yang menjadi mata wang...
walau bukan segalanya..
tapi segalanya berharga dan bernilai
soal ringgit yang menjadi mata wang...
walau bukan segalanya..
tapi segalanya berharga dan bernilai
ada yang memberi
ada yang menerima
ada yang menderma
ada yang menyumbang
ada yang memerlukan
ada yang mengemis
ada yang menagih
sejauh mana ketulusan hati merajai
tangan yang di atas adalah lebih baik
tangan di bawah penuh syukur
miskin syukur pada Tuhan
kaya jangan lupakan Tuhan
memberi tanpa diminta balas
menerima menikmati kesyukuran
Kerna wang...
meja judi bersepah
rasuah disuap-suap
maruah dipajak gadaikan
anak isteri menjadi modal pelaburan
warga lemah dikerah sakunya
persaudaraan dipecah belahkan
sistem riba dikuatkuasakan
yang kaya menjadi semakin kaya
yang miskin semakin miskin
dek kerana
ekonomi yang direka-reka
ekonomi yang diikut-ikut..
Islam hadir memudahkan segalanya
acuan mana yang kita guna?
Hayati konsep Islam sepenuhnya...
Hati akan menjadi tenang...
Subscribe to:
Posts (Atom)





