Don't Judge the blog by it's followers

Wednesday, 18 April 2012

Be lazy, Think crazy

Bismillahirrahmanirrahim.....^^

Ingin ku melakarkan kata kesyukuranku dalam meniti hari-hari yang dilanda dengan kesibukan, minggu ini adalah minggu midterm exam, submitation assigment dan presentation....bak kata sahabat " minggu yang sibuk ni akan berlalu juga' so tabah je.."...ye benar kan....seminggu bakal berlalu, so sibuk macam mana pon...masa itu akan berlalu bukan..dan bukannya akan berpanjangan selamanya..tapi perlu diingatkan juga kepada diriku ini " masa yang lapang jangan dibazirkan, sedangkan bila tiba masa sempit mulalah kelam-kabut"..ingat masa lapang sebelum masa sempit.

ingat ye..janganlah kita terlalu kejam kepada diri sendiri...jika letih..berehatlah sebentar, jangan paksa diri..selepas berehat insyaAllah..keletihan tadi akan diganti dengan kesegaran.Bila study..kita banyak gunakan otak bukan?...so jangan terlalu beratkan otak kita, bila badan letih..otak pon turut serta.

Alhamdulillah..satu per satu dimudahkan, segala presentation dan submitation assigment sedang berjalan, tinggal beberapa subjek lagi yang belum setel. Rasa seronok walaupun letih. Saya lebih suka memahami dulu apa tajuk tugasan yang diberi..barulah senang nak explain bila buat presentation dan berasa nikmat buat assigment. Bak kata saya sendiri "kepuasan membuat assigment". pengalaman belajar sangat seronok...jika nak diceritakan agak panjang lebar, sebab..setaip hari pasti ada sahaja penceritaannya.

Semalam baru sahaja selesai jawab satu paper midterm subjek "financial management 2"..soalan boleh tahan lah..tapi cam ada yang tak puas hati...so "let bygone be bygone" fokus pada final pulak.

sebelum saya ke kelas "kaedah penyelidikan" sekejap je lagi" saya nak kongsikan satu bait kata ni.

Bill gates said: "i always choose the lazy person to do a difficult job besause he will find the an easy way to do it" -be lazy, think crazy...





betul jugak kan...cuba tengok orang yang malas buat kerja..sebenarnya mereka kreatif dalam membuat sesuatu kerja itu, bagi mereka sangat simple tuk selesaikan tanpa terlalu rumit, sedangkan orang yang rajin terlalu rumit dalam menyelesaikan sesuatu job. that is my opinion...dan saya ada seorang kawan macam tuu...sebenarnya bukan dia malas, cuma kena selalu diingatkan...haha..betul tak?..janji bila buat kerja tuu..hasilnya adalah terbaik..dan jangan pandang rendah pada kebolehan seseorang. Kadang-kadang golongan itu tak nak tunjuk diri mereka yang sebenar. Saya suka memahami rentak dan tingkah manusia....unik kan...



okey...kelas dh nak mula..Dr.Subra dah datang!!!

-actually...saya pon malas jugak..hehe....

Friday, 13 April 2012

Termenung


“Ha…kak ..termenung lagi…..
Termenung ke tengah berangan…..”hehe..
Eh..dik..mana ada..(sambil tersipu malu)…
“yelah tuuu..”
Hari ini berkali-kali kena tegur dengan adik seorang tuu…

Kenapa ye..sejak akhir-akhir ni saya kerap termenung…apa yang difikirkan sebenarnya….
Orang cakap tak baik termenung….
Tertanya dalam hati…apa yang membuatkan diri ini seperti berada dalam ilusi yang cuba diciptakan sendiri…ya Allah….beri daku petunjuk..
Tetiba sedih…T__T..
Lalu mencapai henset yang berada berdekatanku…teringat sahabat karib…yang dah lama tak berhubung dgnya walaupun jarak kami sangat dekat…
salam..apa khabar”?
Lama tak dengar cerita…blablablabla….
Jawabnya..rindu jugak hg dengan aku kan..ingatkan dah tak ingat….
Mana ada tak ingat..hg kan sahabat aku dunia dan akhirat….=,(
Mode terus bertukar menjadi sedih….

Pernah hari tu telefon mak sambil nangis…naik binggung mak…tetiba telefon menangis…kalau rindu pon..tak kan sampai nak nangis…
Entahlah..actually..perasaan tu datang sebagai “asbab” ja…mungkin terasa atau berkecil hati dengan orang lain..tetapi disalurkan kepada orang lain…
Ya Allah…pemilik hatiku…
Kenapa sikapku begini..akhir-akhir ini…
Perlukah aku khabarkan apa yang ku alami….
Sempat ku berborak dengan seorang sahabat di facebook…
Dengan menanyakan kepadanya…
“kenapa ye hati anis selalu sedih…
Lalu dia memberi jawapan yang sangat ku faham…
“hati kita ni sbnrnya kan anis, ada fitrah dia sendiri.. sbb hati kita ni makhluk Allah jugak.. ia akan respons happy bila kita buat sesuatu ikut syara', dan ia akan sedih kalau kita langgar larangan Allah..”

Ibnu Qayyim al-Jauzi ada menyebut, :

"dalam jantung hati, ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah.."
"padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah,"
"padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya"
"padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya,"
"padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya."

“moga anis tabah, moga Allah syg anis, moga Allah melindungimu,
Anis Sakinah! “


La tahzan..ya annisa’

Thursday, 12 April 2012

Hatiku kata Rindu Padamu ayahku...

Bismillahirrahmanirrahim…
Kul huwallahu ahad…..(ila akhiri ayaat..)
Tiga kali ku alunkan surah al-ikhlas
Yang menyamai satu pertiga  Al-Quran
Buat ayahanda tercinta…
Setiap kali seusai menghadap Ilahi
Sambil tangan ku tadah ke langit.

Ya Allah…
Tempatkanlah ayahandaku di sisi para assolihin
Tenangkanlah pusaranya di sana
Doaku kirim…
Tandaku cinta…

16 tahun sudah pemergiaanmu…pada tanggal 31 Ogos 1996, ketika itu daku berumur 6 tahun….abangku 7 tahun dan adik yang tidak lagi mengerti seawal umur 3 tahun, ayah pergi meninggalkan kami…tahu ayah sudah tiada ketika itu tetapi jiwa kecilku seolah-olah biasa mungkin ketika itu masih belum cukup mengerti…apatah lagi tuk menitiskan air mata…hanya mampu melihat sebujur tubuh di depan mata.
Kasih sayangmu belum sempat ku rasa sepenuhnya, tapi cukup hidupku berayah selama 6 tahun berbanding adikku yang ketika itu baru berusia 3 tahun….
Ayah cita-citamu kepada abang dengan menghantarnya ke sekolah agama agar dia menjadi seorang Haffiz amat murni..tapi ayah…daku di sini, cuba untuk menyempurnakan sedikit dari hasratmu untuk menjadi seorang Tahfiz, walaupun pada mulanya hasrat itu buat abang. Kini, daku lancar menyebut kalam Allah yang ku selalu hadiahkan untukmu di sana. Semoga pahalaku turut menyumbang istirehatmu di sana. Hanya itu yang mampu ku lakukan, berdoa dan sedekahkan ayat suci al-Quran buatmu,…
Ayah…teringatku akan hobimu yang suka memasak dan melukis..kini bakat itu turun kepada abang….pernah dulu ayah membeli pensel warna, kertas lukisan tuk kami…seingat diriku ketika itu..walaupun ingatan tak sekukuh mana tuk mengimbaunya kembali…
Ayah..hatimu murni….ayah..sangat baik hati…itu daku pasti…ayah seorang yang baik…sakitmu bukan penghalang untuk kau berbakti kepada orang tua mu dan keluargamu..kau keluar mencari rezeki siang dan malam..tanpa mengenal erti kepayahan…
Ayah…walaupun kau tidak sempat melihat anak-anakmu ke menara gading, restuilah kami di sini agar kejayaan kami dalam menuju puncak…menggantikan segala penat lelah mak yang telah membesarkan kami.
Ayah..tak banyak yang boleh ku coretkan di sini..kerna memoriku bersamamu terlalu singkat dan sukar tuk ku ingati…
Ayah…abang seirasmu…saling tak tumpah…raut wajahnya…
Aku berbangga menjadi anakmu…terima kasih ayah….

Al-fatihah….ayahanda tercinta
Azizan bin Idris….

Dalam doaku sedekahkan buatmu...

abangku yasseer..saling tak tumpah rupanya seperti ayah,,,


Wednesday, 11 April 2012

Gemersik Hati

Bismillahirrahmanirrahim….
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….

Daku merindu cintaMu ya Rabb….berikan aku cinta…
Ya Allah..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan hati-hati kami….
Tuhan…daku merintih di setiap celah sanubari yang membisikkan kata hati yang daku juga tak bisa memahaminya…adakah ini kerna ku jauh dariMu…
Perasaan sedih cepat menjamah di hati…terguris dan terluka….
Campakkanlah hati yang ikhlas kepadaku
Agar ku bisa membalut segala kedukaan di hati ini
Justeru melakar senyuman tanpa paksaan…
Bukan itu kehendak hatiku…
Tapi luka itu telah menanah…kembali..
Yang dari lorong mana tak ku tahu punca sebenarnya…
Keseronokan bukan lagi dinikmati
Kini ku terdampar sepi
Mencari kesembuhan hati…

“Jika aku tak mampu untuk bersuara…
Biar daku persembahkan dalam instumen biola
Agar gemersiknya mengikut alunan hati
Hingga hasrat itu didengari…..”




-Aku rindukan tali persaudaraan lillahiTaala….

Tuesday, 10 April 2012

Jika aku diuji..

Ya Allah..
Jika aku diuji…
Teguhkan hatiku
Jangan biarkan daku terus lemas
Hanyut bersama perasaan

Ya Allah..
Jika aku diuji…
Kuatkan hatiku
Menghadapi segala rasa yang ku alami
Jangan kerna itu aku terus lemah

Ya Allah..
Jika aku diuji
Sesama manusia itu
Tunjukkan segala kekurangan ku
Agar ku bisa memperbaiki diri

Ya Allah..
Jika aku diuji
Jangan biarkan airmata ini menitis
Dek menahan kesedihan
Agar ku bisa tabah

Aku punya hati yang bisa menangkap tiap tutur kata,perlakuan walau ianya sekadar tulisan..kenapa…kenapa…begitu…andai mereka merasakan…gelora di hati ini kian pedih…

Sunday, 8 April 2012

Selimutkan hatiku dengan ketenangan

kesepian tuk ketenangan
bukan menyendiri...
kerna suratan hati tersimpan rasa
setiap pahit ditelan
sehinga terbitnya air mata semalam
ada sesuatu yang merintih
lalu menyentap sanubari
tatkala emosi terkesima....

dalam diam ku berkata
sering kali tertanya
apa salahku....
renungan mata yang bersuara
melihat setiap perlakuan
maaf atas semua salahku
kita mampu belajar
tuk perbaiki diri
menjadi lebih baik...

pinta pada ombak laut
agar tenggelamkan segala kedukaan
yang dulunya menari-nari bersama bayu
panas menerjah di wajah
kelam berputus-asa
walau terangnya memberi warna

anganku dalam sedar
leka ku dalam sedar
dulu aku terlalai
kini tersedar kembali
yang ku cari cuma satu
ketenangan hati
yang memikat dan mengikat
jika ada calar pada hati
selimutkan dengan ketenangan
agar rasa itu terlindung

terjaga dari mimpi sebuah ilusi
ceritera bercakerawala
rupanya......
malam hanya berteman dengan bulan....

<sebaiknya.....demi kebaikan.....>

aku yang tidak mampu bersuara....lalu diamku berkata-kata...

Saturday, 17 March 2012

Galeri Hati Menyimpan Rasa

Perasaan itu hadir dalam hidup memberi rasa yang sukar disalurkan ke hati insan lain untuk difahamkan kerna ianya perlu dirasai…jatuh bangun sebuah hati bila mana rasa itu menjadi raja di dalam hati kala itu. Terpaku, terbuai, terbisu, terpendam, dan adakalanya lara berseorangan tanpa punca utama kerna bermain bersama hati. sekeliling yang memahami hanya mendengar, berkata, melihat, mendorong dan memahami. Rupanya saat ini satu cabang pengalaman hidup bilamana kita terbuai dek hati dan mencari solusi terbaik tuk hadapi walau dengan bagai cara dicadangkan..tapi pendapat sendiri diutamakan. Pandangan luar hanya menyokong dan mendokong pautan hati..tetapi pilihan dan keputusan di tangan milik kita
.
Rasa yang selalu dihemburkan dulu
hilang berlalu..
permulaan berputik..
pertengahan berbuah
adakah akan berakhir umpama buah jatuh ke tanah
gemilangnya sebentar
menyinggah di pelantaran hati
semuanya demi sebuah rasa yang tersemat
bukan kerana rasa itu berlalu
tapi fikiran di jangka masa
telah terlakar
kerna bukan itu penentunya
dilihat hingga ke depan
tidak untuk satu jangka pendek
yang indahnya secuma itu

aku membilang setiap kenangan yang terjadi dengan sedari serta ingatan yang masih kukuh untuk mengenangnya kembali sehingga sebuah kenangan berjaya berada di tangan ku dengan kebetulan.

Kan tersimpan bersamaku..wahai kenangan…walau secebis…

Kini, terasa semakin suram suasana itu tuk dikembalikan seperti dulu..umpama angin yang membawa dedaunan kering….bila tiba musim luruh….walau ku masih menunggu musim berbunga datang menerjah….

(melarikan lafaz ke sana dan ke sini hingga tiada hujungnya...akhirnya tersimpan di galeri hati)