Don't Judge the blog by it's followers

Thursday, 28 March 2013

Wanita Tua Bongkok


Aku melihat seorang wanita tua membongkok sedang memberi isyarat tanda lapar, jari tangan kanannya dirapat dan menunjuk ke arah mulut. Isyarat “menyuap” itu jelas mempamerkan dia sedang meminta belas kasihan orang ramai. Dia duduk dicelah-celah anak tangga laluan orang ramai. Aku memandang sayu. Walaupun sekeping wang telah dihulurkan. Riak wajahnya cukup terperi derita. Sepatutnya dia sedang bermain dengan cucu-cucunya atau bersenang-lenang di rumah merehatkan diri demi kesihatannya yang menjangkau usia.

Aku melangkah lagi kerana tidak sampai hati yang berlarutan memandangnya dengan sedemikian rupa. Begitulah pemerhatianku di tengah kota raya yang pesat membangun, tetapi masih ada yang tidak bernasib baik. Ketika orang lain diulik kesenangan wang ringgit, keluarga yang bahagia, mereka menadah tangan meminta walau tanpa penglihatan, kudrat yang kurang sempurna, usia yang beruban putih, kaki yang terjongkit-jongkit memapah tongkat dan si ibu bersama tangisan anaknya.






Lelaki Tua Bertongkat


Lelaki bertongkat separuh tua itu menghulur sebekas beg plastik berisi simpati. Kakinya dimamah luka nan kering. Aku tidak pasti apa punca penyakitnya hingga kakinya teruk sedemikian rupa. Kelihatan lagi seorang pemuda yang tidak terurus sedang membelai kucing hitam di pangkunya. Kakinya kudung. Dia hanya mengharap sesiapa sahaja yang lalu lalang di situ memberi sedekah. Aku menjadi hiba.....

******************************************

sekadar gambar hiasan

Monday, 4 March 2013

Perkahwinan abang Jai (Mantan YDP PERKIM UUM)


Jauh menuju ke Felda Mayam, Bera, Pahang bukan alasan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan saudara Mohd Jelani a.k.a mantan YDP Kelab PERKIM UUM sesi 2009/2010 yang telah berlangsung pada 3 Mac 2013. Titik perkenalan kami bermula di dalam Kelab PERKIM lagi, ibarat keluarga dan adik-beradik, hubungan silatulrahim itu semakin berpanjangan. Alhamdulillah, kami adalah antara wakil dari Kelab PERKIM UUM atau lebih umumnya sahabat beliau dari UUM tetap berkunjung ke majlis tersebut. Buktinya, dari UUM jauh bergerak dengan sebuah kereta yang dinaiki oleh empat sahabat manakala saya dan tiga orang lagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur tidak melepaskan keinginan untuk menghadiri resepsi beliau.
 

Harapan abg jelani untuk kami berada di majlis akad nikah tercapai walaupun sekejap Cuma. Kami yang lewat menyempurnakan harapan beliau untuk berada di sana terlebih awal telah disempurnakan oleh sahabat-sahabat yang dari UUM sampai awal ketika itu. Akibat tidak biasa dengan jalan di Kuala Lumpur, melumpuhkan pergerakan kami untuk sampai di sana lebih awal. Kelewatan kami adalah disebabkan jalan sesak serta tidak tahu jalan untuk ke UIA bagi mengambil seorang sahbat di sana. Alhamdulillah, tiba di rumah pengantin pada jam 2 petang.

Jauh menuju ke pedalaman kawasan felda berbaloi demi sahabat. Bak kata kak fatihah “berbaloi sangat”.

Resepsi perkahwinan yang sederhana tetapi bahagia melihat mereka seolah-olah ada keberkatan di sebaliknya. Itulah yang menjadi sunnah dalam perkahwinan. “Biar sederhana. Yang penting ada keberkatannya”.

Ketika ingin bergambar, pasangan pengantin kelihatan masih segan walaupun telah sah menjadi suami isteri. Kami memandang mereka dengan perasaan yang bahagia. Bercinta selepas berkahwin adalah sangat indah! “terasa seperti mimpi, tetiba dah ada isteri” itulah ungkapan kelucuan abang Jelani sewaktu kami berbual dengannya.
 

Kak siti juga bekas pelajar UUM di bidang Perakaunan Sistem Maklumat yang kini sedang bekerja di Tabung Haji Kelana Jaya. Manakala abang Jelani bertugas di Alor setar sebagai Branch Manager di sebuah company pengiklanan dan percetakan, jauh tersasar dari bidang asal beliau iaitu Kaunseling. Begitulah katanya bahawa beliau tidak ingin makan gaji tetapi mahu berusaha sendiri dalam bidang perniagaan.
 

Beliau yang kami kenal dengan sifat rendah diri membuatkan kami selesa dengannya. Ujian demi ujian yang telah beliau hadapi pernah kami merasainya walaupun bukan secara keseluruhannya. Komitmen abang Jelani jelas terpancar ketika memimpin kelab PERKIM UUM dan jasa beliau sangat besar sehingga beliau mampu diberi tanggungjawab sebagai YDP Kelab MAMPU (kelab-kelab PERKIM seluruh IPT).
 

Tahniah abang Jelani dan pasangan. Doa kami panjatkan agar bahagia dan mendapat keredhaan di sisi Ilahi.

Sunday, 3 March 2013

Selamat Bahagia Sahabat Baik..


Pada tanggal 15 Disember 2012 telah berlangsungnya detik bahagia sahabat baikku, Nor Syafika Binti Ridzuan bersama pasangannya Mohammad Faiz selepas akad nikah dijalankan yang bertempat di Masjid Muzaffar Shah, sungai Petani. Lewat ku update tentangnya tetapi tidaklah lupa. kekangan semasa final exam tempoh lalu memberati tugasku. Awal perkenalan mereka sewaktu sahabatku Syafika menyertai Silat Cekak Hanafi dan suaminya ketika itu adalah jurulatih silat kami. Siapa sangka “abang Faiz” yang ku gelar adalah suaminya sekarang. Semoga Allah merahmati bahtera perkahwinan mereka hingga ke hujungnya.

Sahabat…
Perkahwinan bukan untuk sehari
Matlamat yang jelas bakal menyuluh jalan mawardah.
Jadikan sakinah dan mahabbah pengikat keharmonian rumahtangga.
Aku..bakal menyusur langkahmu
Entah dengan siapa
Yang pastinya jodoh itu adalah rahsiaNya.
Salam bahagia bukan kalian.
Pohon doa darimu buatku.


by: sahabat baikmu.

(jurufoto perkahwinanmu)