Apa
plan lepas ni?
Ayat
klise yang semua orang akan tanya. Kerja? Sambung belajar? Berkahwin?
Sebulan lagi di sini. Pahit manis disatukan di
dalam diari hati. Dagang hamba dagang menuntut pengalaman. Yang baik jadikan
panduan, yang buruk hanya tertinggal di sini.
Peluang..rezeki..milik
masing-masing. ke mana hala tuju selepas ini hanya Allah yang menuntuni tiap
jalan. Empat bulan tempoh yang agak lama walaupun masa berjalan pantas. Selama tempoh
itu banyak perkara yang menjadikan saya matang. Matang dalam menangani emosi. Pengalaman
ini baik untuk minda dan hati.
Gelombang
ini bakal berakhir.
Gelombang
bagaimana selepas ini..?
Idea
dimatikan, tangan kaku, fikiran melayang memikir ayat. Ini sahaja yang dapat
dicoretkan. Mungkin entry ini buat diriku berfikir sejenak.
Wallahualam.
30 Apr 2013
Kuala Lumpur
![]() |
dari luar jendela....terbias sebuah pengamatan |