Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday 25 June 2013

Penulis yang disayang Tuhan

Sedutan ayat dari buku: Penulis yang disayang Tuhan ( Bahruddin Bekri)

Jadi kamu pula bagaimana? apa dorongan serta motivasi kamu untuk belajar menulis

"Saya ni perempuan yang yang halus jiwanya. lalu perkara halus yang bagaimana lagi yang boleh saya gambarkan jiwa saya selain menulis."
... kata adinda Aisyah.

"Perempuan itu aslinya pemalu. Malunya ada pada mata, lalu perempuan pejam. Malu juga ada pada wajah. lalu perempuan tunduk. Perempuan itu juga sangat malu pada lidah, lalu perempuan diam. lalu di mana perempuan seperti saya mahu memberitahu rasa hati sekiranya wajah tunduk, mata pejam, lidah diam? kami hanya mampu mengalirkan rasa hati pada jemari halus iaitu melalui tulis." tambah adinda Aisyah kepada Usamah.

Dan , saya menyokong hasil tulisan ini atau mendukung kata-kata dari adinda Aisyah, yang memegang watak warga Indonesia yang datang ke Malaysia tanpa izin. Beliau mengikuti kelas penulisan dari Usamah seorang penulis yang putus asa.
Buku ini saya cerna sedikit demi sedikit. Sambil membaca, saya akan highlight tiap perkataan yang berupa ilmu untuk saya garapkan. Buku ini seperti bahan rujukan untuk saya keluarkan tiap isi penting untuk menguasai bidang penulisan.
Saya penulis pasif. Hanya meluahkan kata, tidak berani berkata.
Di blog inilah medan untuk saya  berbasa-basi.
Ada seorang penulis yang berputus-asa.
Seorang pelajar 10 tahun yang taat kepada bapa.
Seorang gadis yang berada di hujung usia.
Tiga pendatang tanpa izin yang hidupnya disaluti kecewa dan hina dan
Lima bekas penulis yang penuh rahsia.
Siapa penulis yang disayangi Tuhan? Namun kisah ini lebih daripada sekadar itu.


Saturday 22 June 2013

Impian

“I have a dream, a song to sing”
Mmmm, kalau nak menyanyi senang saja, buka mulut dan keluarkan suara. Ditambah dengan nada yang ingin dilagukan. Tak semestinya nak jadi artis baru boleh menyanyi.
Walau macam mana pun, ayat “I have a dream a song to sing” adalah kiasan. Bukanlah seperti yang saya terangkan di atas. Ada makna yang ingin disampaikan. Sedap pulak dengar lagu dari kumpulan Westlife ni. Maka minda memikirkan sesuatu.
Impian…
Hidup ada impian adalah hidup dengan bermatlamat. Sama ada tercapai, ingin dicapai atau tergapai-gapai adalah tiga kategori yang ingin saya tulis mengikut buah fikiran kala ini.
Saya ada impian tersendiri. Orang cakap buat apa habiskan air liur berkata itu dan ini kalau kudrat tidak berjasa. Ayat “kudrat tak berjasa”ini adalah ayat sahabat saya yang unik. Masih segar di ingatan!  Ya, saya faham maksud itu. Saya Cuma perlu bertindak. Jika itu yang saya mahu, saya perlu usaha.
Masa terus berlalu. Kadang-kadang rasa seperti dimakan oleh masa. Usia pun meningkat. Semakin meningkat umur semakin banyak otak mula berfikir. Fikir masa depan serta kelengkapan hidup yang akan mendatang.
Mohon doa dari kalian. ^^

Thursday 20 June 2013

Secangkir kopi


Ketika menunggang motorsikal melewati jalan keluar menuju gerbang UUM, aku memandang sisi bangunan Kolej PROTON. Mata terpanah pada Blok E. Tingkat 3. Dedaun langsir menutupi jendela ditiup angin. Cermin kaca tingkapnya yang berhabuk tanpa peduli.Seram tanpa penghuni wahhal di situ pernah keriuhan lima anak dara. Kadang-kadang menjadi enam. Bilik pantry tanpa penghuni itu adalah detik paling indah buat kami.
*******
Surau itu untuk kegunaan orang ramai, bukannya tuk kegunaan peribadi,harap maklumitulah kata-kata di Facebook milik penghuni Kolej yang pertama mereka “sekeluarga” menapak awal semasa musim Final Exam tempoh lalu .Panjang benar pengaduannya di laman FB milik Blok C kolej tersebut. Angah menatap tiap inci perkataan. Sesekali senak di hati.
Mereka akur dengan kesalahan sendiri kerana di situ dijadikan ruang beradu, makan, belajar dan dapur berasap. Hampir sempurna segala kelengkapan yang dibawa, disusun mengikut cara, disapu tanpa sebarang habuk, dikemas tanpa penat akhirnya perlu dibungkus. Umpama mengulung tikar. Mereka tekad mencari Port yang lain. Hati yang terikat dengan kasih sayang seperti saudara kandung menyebabkan mereka perlu bersama walaupun ketika musim peperiksaan akhir.

“Along....jom kita kemas-kemas semua barang ni….angah taknak kita stay kat sini, dah ada orang bising”
tengoklah status FB budak tuu”angah membebel dengan hati yang panas.
kalau macam tuu..jomlah Along cari markas yang baru
tapi kat mana sesuaiAyong mencelah”
mmmm…kalau kat EON..ada surau tuu takada orang guna pun, sesuai kot kita gunaAyong menambah.
Ayong…..jangan SURAU…nanti perkara yang sama berulang lagi.UjarAngah.
Angah…Pantry di Tingkat 3 belah kiri bilik angah tuu ada orang duduk tak?” Adeq cuba memberi cadangan.
Kadang-kadang ada..mmm jangan situ..”

jom kemas-kemas..petang ni juga kita pindah, kita semua pergi ke bilik Along. Bawak semua barang ke sana.Ada pantry kosong di sana.Tapi tak tahu lah okey ke tidak. Kita cuba dulu"

Barang-barang dikemaskan ke dalam beg. Semua alas tidur dan beg pakaian dah siap terlebih awal. Kelihatan botol kicap, botol sos, bekas gula, garam, minyak, tepung, rice cooker dan segala alatan memasak belum disentuh.
Korang bawak dulu mana barang yang dah siap, yang lain nanti slow-slow kemas” Along memberi arahan lagak seorang komando. Dialah Mastermind  kami.
PEQ 4166 yang beroda dua persis gagak hitam menunggu di bawah bagi tujuan mengangkut barang-barang. Beg besar si guni siam hampir menutup pandangan si Angah. Ditambah Adeq yang memegang barang-barang yang lain. Sama berat tetapi kuat bertahan.
Angah..boleh ke tuuu Along menjerit dari jauh.
BOLEHHHH…MASIH MAMPU…alaa..macam tak biasa pulak…bukan sekali dua pernah buat macam ni. Motor serba guna ni dah faham tugas dia”. Mereka ketawa.
Barang masih banyak ni…alang-alang nak keluar nanti, kereta sewa tuu Along guna angkut barang yang masih berbaki ni, rasanya susah jugak nak bawak dengan motor. Kena tawaf banyak kali nanti. Habis minyak motor nanti”
okeylah kalau macam tuu..lagi cepat
Angah menunggang motor membawa barang dibonceng bersama Adeq yang memikul barang yang lain. Meninggalkan Along , Ayong, dan Amani mengemas saki baki barang.
Usai acara angkut-mengangkut barang ke markas baru, mereka berkelana ke C-Mart Changlun bagi tujuan membeli-belah barang keperluan. Kereta sewa kancil putih berplat KCX 3483 bergerak dengan patuh membawa lima dara yang tidak kurang celotehnya. Ada saja topik yang diperkatakan. Isu pagi tadi menjadi bualan mereka berlima di dalam kereta. Sesekali desiran pawana menyelit-nyelit di celahan tudung.
Sampai di C-Mart. Kereta diparking kemas.
Masing-masing berpecah hala mencari keperluan masing-masing.

Along, nanti kita cari Kopi Cap GANTANG ye, rasanya ada di sini”
“ada ke kat C-mart ni??”
“ada rasa..kita cari dulu”
“baiklah…”

Along  dan Angah sibuk meneliti rak-rak yang mempamerkan barangan seperti minuman segera 3 in 1, kopi segera yang menjaminkan rasa yang enak dan membekalkan tenaga yang kuat. Tapi bukan itu yang mereka cari. Hanya kopi cap GANTANG menjadi pilihan kala itu. Penangan kopi yang mama Alang sediakan untuk kami sewaktu kami menziarahi keluarga Alang di Perlis menambat kerinduan kami semula dengan kenikmatannya.
“sedapnya kopi ni…”
“makcik guna kopi apa ni”
“kopi cap GANTANG….mak cik duk pakai yang tu jaa…semua suka..tiap-tiap petang, mesti kena ada kopi”

Hasil interview  secara tidak langsung Angah dengan mama Alang mematrikan jenama kopi itu tempoh lalu di hatinya.

haaa..ni dia…jumpa dah”
“Along..nak ambil yang paket kecil ke besar”
“kecil RM1, besar RM2”
“ambil yang RM2 la, rakyat kita kan ramai”


Along  sibuk melakar jadual masak-memasak mengikut masa lapang masing-masing. Pen bermata bulat besar ditekan di atas kertas. Nama setiap orang ditulis berdasarkan warna pilihan masing-masing.Dalam sehari diperuntukkan tiga kali masak, masak untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang. Makan malam mengikut keadaan.

haaa..dah siap, Along tampal kat sini..nanti pakat tengok lah tugas masing-masing”

Semua barang masak memasak tersusun rapi di atas sink, hanya bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan barangan lain yang memerlukan peti sejuk akan dibeli sekali-sekala mengikut keperluan.

Ruang sepi seketika tatkala masing-masing sibuk melayan adegan tersendiri. Kelihatan adeq duduk berhadapan dengan laptop yang bermejakan kotak. Ayong yang sedang melayan Karoot komedia di Youtube, Along pula sedang mengupdate status di facebook dengan sajaknya dengan penuh penghayatan. Angah, Amani dan Zulaikho membuat aksi yang sama dengan membisu di depan laptop.

Satu suara muncul menghidupkan suasana.

Along…angah nak kopi..”
Masing-masing memandang dengan pandangan yang membahagiakan.

yeay! Ada minum malam…wow besnya kalau dapat minum kopi tengah-tengah malam ni” Telah Ayong.

Beberapa minit kemudian, Along datang membawa seteko kopi dan beberapa cangkir untuk diisi air kopi. Secangkir kopi buat Angah yang gilakan kopi cap Gantang diletakkan di hujung kawasan Angah duduk.

Angah membiarkan kopi panas  yang sedang berasap itu sejuk sedikit.

“arhhhh…kopi Angah…!!!!” jeritan Angah buat semua ternganga.

Sepakan kencang dari Zulaikho membuatkan masing-masing riuh sekampung. Rancangan perlawanan bola sepak yang ditontonnya sedikit sebanyak mempengaruhi mindanya.
Secangkir kopi dijadikan bola sepak untuk ditendang secara tidak sengaja. Zulaikho yang bangun dari tempatnya tersepak secangkir kopi Angah.
Kopi masuk ke tiang gol. Akibatnya, laptop Angah bermandikan percikan air kopi, Dolphin si Along terkena sama. Malah Handphone Zulaikho juga menghirup air kopi

Laptop Angah….haaaa..tidakkkk!!!”

“Dolphin Along!!!!...”

“Zulaikho… handphone ko pon kena jugak!!” Amani mencelah.

Adeq yang berada di dapur untuk mengambil kain mengelap membebel.
Korang ni kalau minum kopi tak tumpah memang tah sah kan…suka sangat bagi tikar minum kopi”
nak buat macam mana adeq..ni lah badi kopi  Ayong mengingatkan tentang cerita badi kopi yang mereka alami.

Perkataan badi kopi muncul dari seorang sahabat lelaki yang menyaksikan kopi tertumpah di atas tikar ketika mereka sedang bermesyuarat di bilik kelab tempoh hari. Sejak dari hari itu, kopi asyik tumpah.

itulah sapa suruh sebut pasal badi kopi..kan dah jadi…” kata Along yang sedang mengelap titisan kopi di atas tikar.

oh my laptop.” Angah bernada sedih sambil mengelap-ngelap laptopnya yang basah sedikit menerima percikan hujan kopi.

lepas ni…kalau nak minum kopi..minum di dapur. Jangan bawak ke dalam” Angah melawak.

Amani, Zulaikho, Along, Adeq dan Ayong ketawa kelucuan. Selepas ini undang-undang untuk menikmati kopi hanya di dapur. Bimbang perkara yang sama berulang lagi.


Angah membawa sepinggan jemput-jemput jagung yang digorengnya demi melengkapkan tugasnya petang itu.
taal..taal..tafaddhol bitthoa’m,..mari..mari..jemput makan” Angah mencampur kedua bahasa Arab Vs Malay untuk memanggil yang lain datang makan.

Semua siap bersila di atas tikar mengkuang di celah dapur. Along dan Ayong sempat bergurau senda dengan menyiku dan menyepit pinggang sesama mereka.

“cian kopi saya..cian kopi saya..
Angah sekali lagi menyanyi irama sedih dengan meniru nada adeq.

Kopi tumpah lagi akibat terkena elakan aktiviti sepit-menyepit Along dengan Ayong.
Semua bangun dari tikar mengkuang dek ingin menyidai tikar yang terkena basahan air kopi di ampaian.

Kali ni angah bersuara lagi.
Nampaknya, kopi tidak boleh minum di dapur jugak”
“abis tuu..” adeq bernada.
“kita kena minum di luar”

Masing-masing faham. Ketawa sekali lagi. Nampaknya cerita badi kopi masih belum tamat.


ayong..tolong tuangkan kopi kat Along pinta Along kepada Ayong.
ok..jap”
“yong?” Along bersuara lagi
“ok.ok jap” balas Ayong

 Kopi yang siap dibancuh oleh Zulaikho terhidang di ruang belajar. Masing-masing menghadap buku untuk mengulangkaji. Tarikh exam semakin dekat.

Ayong menuangkan kopi ke dalam cangkir. Ketika ingin menghulurkan kopi kepada Along…secangkir kopi terlepas dari genggaman tangannya lalu tikar mengkuang menerima limpahan air kopi.

“upin & Ipin Along…waaaaaa”
Along cepat-cepat menyelamatkan Upin & Ipin. Bahana kopi menjadi-jadi. Kepekatan kopi meresap di dalam bantal peluk kecilnya.

Cerita kopi dengan mereka pasti menimbulkan kelucuan. Bukan hendak percaya akan badi yang dijadikan sandaran sementara. Hanya kebetulan merangkum menjadi satu kesimpulan.

Pantang larang minum kopi di ruang itu tidak diendahkan.

kita kena minum kopi di luar…sapa nak minum kopi lepas ni buka pintu..minum di luar..dah abis baru masuk semula. Angah memberi arahan walaupun bila difikir balik seperti tidak logik.

Masing-masing ketawa lagi.
Alahai tikar mengkuang. Memang engkau berjodoh sangat dengan air kopi”


Enjin motosikal dimatikan.
Aku tersenyum sorang-sorang melihat pemandangan di hadapanku. Minda berputar ligat merakam detik indah kami bersama.cerita kopi dengan kami seolah sebati.  Ruang berorama kopi itu tak mungkin aku lupakan.





(Coretan dari kisah June 2012)

Tuesday 18 June 2013

Ragam

Gitar dipetik penuh girang. Beg gitar ternganga di kaki sang penyanyi menunggu wang kertas atau syiling dimasukkan secara sukarela. Nyanyian seorang lelaki sederhana tinggi, berkulit sawo matang dan berambut ikal itu buat aku terpana. Aku berdiri di tepi gerai mini yang berhadapan dengan pintu masuk KTM komuter sambil mendengar lagu yang didendangkannya. Lunak persis seorang artis dengan nada suara seakan meniru gaya suara artis tertentu. Dia hanya berdiri di penjuru pintu masuk KTM Komuter dengan tali gitar tergantung pada lehernya.

Setiap kali aku ke KL sentral, aku akan berdiri dari jauh memerhati sang pemuzik ini. Aku suka pada nyanyian. Terhibur sebentar sambil menunggu seseorang.

“Lagi 5 minit aku sampai.ko tunggu di mana tuu?”
Mesej yang aku tunggu menjelma.

Pantas jari menyentuh skrin telefon membalas.
aku tengah berdiri di depan pemuzik jalanan yang sedang menyanyikan lagu ‘Hilang’”
“sedap ke lagu tu”
“sedap la jugak, sambil-sambil tunggu ko datang.lambat sangat”
“relax la…tren lambat tadi..’

Biha datang menepuk bahuku dari arah belakang.

hai..cik Mia, sorry aku lambat sikit”
“haaa…nasib baik ada abang tuu menyanyi tau, boleh la layan perasaan sekejap”
“oh..yang itu ke?”
“yelah…dia sorang je kat sini yang petik gitar sambil nyanyi…kalau ko nak lebih-lebih tunggu weekend la..mungkin ada orang menari pulak”
“ko biar betul”
“lah…buat apa nak bohong…pernah sekali hari tu, kat depan tuu, aku tengok budak-budak remaja buat dance show, daripada budak kecil hingga la dewasa sekitar umur 20 tahun kot”
“ko tak join sekali ke…haha” Biha cuba buat aku geram.
kalau aku yang menari, ramai yang terpukau nanti….dah dah…kita nak ke mana dulu ni?”
“Masjid Jamek!!”

Kami memilih untuk berjalan di sekitar Masjid Jamek yang cuma dua stesen jaraknya dengan KL sentral.

Bazaar Masjid India menjadi tempat pertama kami membelek-belek barangan yang terpanah di mata sebelum berjalan ke dalam lagi.

Selepas berjalan  ke sana sini, kami decide nak solat asar di Masjid India. Sambil membeli air, terdengar suara azan dilaungkan. Jam ketika itu pukul 5.30 petang.

eh..dah asar ke belum sebenarnya…kenapa baru azan?, bukan azan asar dalam pukul 4.30 petang macam tuu ke? Hairan….”
Biha mengomel di tepi aku.

cik Biha…ko tak tahu ke?”
“tahu apa”
“Azan asar di Masjid India lebih kurang sejam selepas Masjid Jamek. Means .. kalau asar jam 4.30 petang, mereka akan azan jam 5.30 petang. Itu asar Hanafi namanya. Bagi mereka yang non-jemaah Tabligh, ini mungkin sesuatu yang ganjil. Tapi bagi ahli Jemaah Tabligh, mereka dah biasa dengan amalan ini kerana itu adalah dari amalan mazhab Hanafi yang mengafdhalkan untuk melewatkan asar.”
“oh..begitu rupanya..mana la aku tahu”
“jom..lepas solat kita rehat sekejap dalam masjid”
Usai solat asar, kami mengambil tempat untuk berehat seketika. Kami didatangi oleh seorang wanita India Muslim, dari segi pemakaiannya, aku rasa dia pengawal di masjid ini. Dia mengambil beberapa kain telekung untuk dilipat. Aku cuba untuk berbual dengannya. Kelihatan dia begitu ramah menegur sesiapa saja di situ. Keramahannya bersilang seli dengan ketegasan tetapi baik.

“ Aci…” aku cuba memulakan perbualan, aku tak pasti gelaran apa yang sesuai aku nak panggil.
iyaa..adik,,ada apa..”
“tak da apa..saja nak tanya, dah lama ke aci keja jadi pengawal di masjid ni?
“lama dah adik”
“mesti seronok kan, dapat kerja kat sini, solat sentiasa terjaga, kerja dalam rumah Allah, banyak pahala tuu aci”
“boleh la juga adik, sini banyak kes curi, sebab tu, kena ada orang jaga”
“betul..sini kan tempat tumpuan”
“kerja ni adik, kena banyak sabar…kerja macam ni kena banyak sabar, Rasulullah SWT Allah uji baginda lagi banyak. Kita sikit saja. Itu pun kita tak sabar”

Kata-kata aci tadi buat aku kagum dengannya. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya.

 Aku tersempak dengannya di bawah ketika menuruni tangga masjid. Al-quran kecil serta tasbih di hujung tangannya. Subhanallah, sungguh aku kagum.

Sambil bekerja, hati tidak lupa mengingati Allah. Untaian tasbih itu diratib sambil memerhati orang yang keluar masuk dari masjid.

Kami gerak keluar dari masjid menuju stesen LRT.

Mia, tengok sana…aku rasa dia bukan betul-betul pakai purdah tu”
“aha…aku rasa macam tu jugak”

Kami memerhati seorang wanita atau mungkin seorang lelaki yang tidak pasti jantinanya dek diselubung pakaian hitam dari atas sampai ke bawah. Wajahnya ditutup dengan purdah. Tangannya memegang tabung derma. Yang menghairankan kami, wajahnya ditutup tetapi kaki dibiarkan tanpa memakai sarung kaki. Purdahnya pula ditutup tanpa kemas. Curiga dan pelik.

Kami memandangnya tanpa lepas, seperti mesin scan. Menilai dengan perasaan kami. Langkah demi langkah dia meninggalkan kawasan tadi. Dia cuak. Pantas berjalan meninggalkan pandangan kami terhadapnya.

Lucu. Macam-macam ragam.

Menapak

Awan- gemawan tidak lagi bersatu pagi itu, jam tepat menunjukkan pukul 8.30 pagi.Hari isnin, hari pertama bekerja setelah bercuti dengan sabtu dan ahad.Rasa malas masih menguasai diri.Dua tiga kali menguap tanda aku tidur lewat semalam.Hari ini hari yang baru, tidak seperti semalam.

arhhh..boringnya..” aku merungut ditinggalkan berseorangan, kak her dengan Abang Wan outstation ke Manjung. Apa boleh buat, kerja mereka tidak selalu lekat di pejabat. Jika tiada mereka, siapa yang nak shoot gambar.

Sambil membelek calendar di telefon, aku menghitung baki hari bekerja di sini.Tempoh empat bulan cukup lama tapi pantas berlalu.Report praktikal belumku sentuh, semua masih tersimpan di dalam otak. Pesan ustaz sebelum kami semua start berpraktikal supaya siapkan sedikit demi sedikit pada awal bulan pertama kami mula bekerja. Nampaknya, pesanan itu hanya dalam ingatan.

“Alahai si kasut, kejap lagi aku baiki engkau .., sabar ye” sambil mata melihat jam dinding. Menunggu waktu rehat menjelma.
  Tepat jam 1tengahari. Aku mula keluar menuju ke tingkat bawah.

“kak siti, Mia tak makan tau tengahari ni, Mia nak pergi ke area Pasar Seni, nak cari tukang jahit kasut”.

kesian pula dengan Kak Siti, selalu aku yang menemani dia makan. Kak siti mula bekerja di sini setelah seminggu aku masuk. Dia Receptionist. Dia seperti kakak angkatku di sini. Mungkin kami saling menyenangi antara satu sama lain disebabkan kampung dia dan aku sebaya.
O.K, jalan baik-baik”
“kak!, ada payung tak, panas sangat la kat luar tuu”
“tak da la.”
“mmmm..tak pelah..”
                                    
Dalam masa sejam aku mesti cari sampai jumpa tukang kasut. Selalu ada je di tepi kaki lima. Sampai di station bas Pasar Seni aku bertemu dengan seorang Pak cik guard.
assalamualaikum Pak cik, tumpang tanya boleh?”
“waalaikumussalam..ya..ya..boleh”
“kat sini, tukang kasut di mana ya..”
“oh sini tak da sangat, adik pergi ke kotaraya dekat-dekat dengan Puduraya. Area situ ada”
“berapa minit ye dari sini?”
“lima enam minit  je adik..”
“terima kasih Pak cik”

 Cuaca panas  membahang membuatkan aku hampir tewas mencari si tukang kasut.Bas, kereta dan motosikal bercampur di atas jalan. Sesak.Aku melewati lorong kecil di setiap bangunan.Penat.Bayang-bayang seorang tukang kasut masih belum nampak.

eh..ni dah sampai ke Petaling Street dah ni..kalau nak ke Puduraya, depan lagi nak jalan” laluan ni aku biasa lalu bersama Jijah ketika menemaninya ke Puduraya. Aku mengambil keputusan untuk berpatah balik.Tak sanggup nak berjalan lagi dalam tekanan yang membahang.Kotaraya dengan tempat kerjaku boleh tahan juga nak berjalan.Kalau setakat area Pasar Seni, aku masih boleh menapak.

Kira-kira jam 1.20 tengahari, kelihatan seorang perempuan warga Indonesia sedang mengemas barang jualannya. Aku merapatinya.
maaf ya kak, kak tahu di mana tukang kasut di sini”
“tukang kasutnya di belakang sana tu saja”
“ikut jalan ni ke kak”
“ya..kamu lalu saja di situ,
“oh baik..terima kasih ya” 

Kedudukan Pak cik guard tadi dengan arah yang ditunjukkan kakak tadi tidaklah begitu jauh. Apa boleh buat, mungkin Pak cik tadi hanya tahu tukang kasut di tempat yang dia tunjuk. Hati berdengus juga, masa dan tenaga dibazir begitu saja.

berapa minit boleh siap ya Pak cik”
“dalam 20 minit..” balas  Pak Cik sambil  memegang kasut untuk digam dan seterusnya dijahit di sekeliling kasut.

Ternyata si tukang kasut juga warga Indonesia.

Dua puluh minit yang ada aku menerawang ke kedai-kedai yang berdekatan di situ.Kedai makan menjadi pilihan.Lauk-pauk yang terpamer di sebalik kaca itu buat aku kecur liur.

kedai ni melayu ke?” aku tanya sebab ragu.
Indonesia dik..”
“pasaran nasi campur pun mereka mengunguli..” aku mengomel di dalam hati.

Kedai makan Sri Idaman Corner yang terletak di jalan Hang Kasturi itu benar-benar diterajui oleh warga Indonesia.

usai kasut dibaiki, aku terus kembali ke pejabat.

Aku di Malaysia atau di Indonesia sebenarnya.Kepala tidak gatal.Tapi digaru juga.


Monday 10 June 2013

Matang

Hari ini hari ke 14, saya stay di UUM, cukup dua minggu atau lebih. Lusa bakal berangkat ke kampung halaman. Selepas praktikal, UUM tempat kedua saya menapak. Kembali ke sini untuk melakar beberapa kenangan. Dengan sahabat-sahabat yang rata-rata sem akhir. Mungkin susah nak berjumpa lagi selepas ini. Yang pastinya berbeza waktu, tempat dan sebagainya.

Hari ini juga, mungkin kali terakhir saya masak untuk mereka. Dua bungkus bihun digoreng di dalam rice cooker untuk dijadikan kenduri kesyukuran. Mungkin kesyukuran selepas berjaya menyiapkan report praktikal. Rasa lega, harap 4 tahun menadah ilmu di sini ada keberkatan.

3 hari yang lepas, saya ke Shah Alam menemani kawan ke majlis perkahwinan sahabat baiknya. Kami sama! Punya sahabat baik yang telah mendirikan rumah tangga. Bila pulak detik bahagia itu buat kami.?
Sebentar tadi, adik fasihah yang dulu tahu cerita dogengku seolah senang hati, katanya :

kak Nampak tabah sekarang. Tak macam dulu..apa yang membuatkan kak cmni?
“maksud adik?”
“ye…nampak matang”
“yup adik, sebab dunia ni terlalu singkat tuk kita bersedih…banyak lagi benda kita nak kena pikir, hidup bukan untuk itu sahaja”

Dulu, dia tempat saya mengadu, meluahkan rasa hati, dia gembira melihat saya dah pulih.

Perkataan "matang" sukar untuk kita jelaskan, tiada gambaran yang sebenar untuk dilihat. Cuba lah google di mana-mana, tiada wajah untuk matang. Ianya subjektif. Saya mungkin matang tuk sesuatu perkara sahaja. Banyak lagi benda yang buat saya nampak tidak matang.

Pengalaman 4 bulan itu bukan sahaja mendewasakan bahkan membuat kita hidup untuk hidup yang sebenar. Semua orang dalam proses belajar. Belajar untuk hidup.



Monday 3 June 2013

Diam

Diam.
Kadang-kadang saya lebih cenderung untuk diam. Saya jadi diam bila berhadapan dengan laptop, di dalam kamar yang sunyi. Jika di luar saya banyak bercakap, sampai suatu masa saya akan menjadi diam. Maaf kawan-kawan yang kehairanan. Siapa yang pernah stay di bilik saya masa  study dulu akan faham. Saya seolah-olah hanya berteman dengan laptop di hadapan tanpa mempedulikan orang lain.
Ada banyak sebab kita akan menjadi diam bukan? Bergantung pada hati masing-masing.
Kenapa saya diam?
Sebenarnya saya tengah muhasabah diri. Memikirkan apa yang telah saya lakukan. Kadang-kadang diam boleh mendamaikan hati yang sakit, resah dan kecewa. Biarlah menjadi rahsia di hati.
Pengalaman 4 bulan yang lalu, membuatkan saya pilih untuk mendiamkan diri.  Seperti yang saya katakan tadi. Faktor ruang atau kamar akan menjadikan saya diam.
Di office yang saya bekerja hanya terdapat 4 orang staff, penyelia saya seorang perempuan, yang selebihnya lelaki. Sunyi. Ruang itu buat saya sunyi. Ruang yang saya duduk selama 4 bulan di situ bukan persekitaran yang saya bayangkan. Jauh dari keramaian. Tidak seperti ruang office yang lain. Penyelia saya seorang yang tegas. Saya buat apa yang disuruh. Bercakap bila perlu sahaja. Sebenarnya saya kurang selesa.  Hari demi hari membuatkan saya bersabar.
Diam saya bukan untuk menyendiri.
Semalam, saya berborak dengan seorang kawan. Dia antara penumpang  setia bilik saya dahulu.
“anis..aku tahu hang macam mana bila dalam bilik..bukannya aku tak pernah duduk dengan hang”
Maaf ya teman-teman. Ada hari saya boleh ketawa besar, riuh rendah, riang-ria sama-sama. Sampai satu masa, saya menjadi diam.
Saya baru ingat, masa sekolah rendah dulu. Saya sangat pendiam. Bila di tingkatan, saya semakin riuh.
Dan sesiapa pun, ada masa kita kuat bercakap. Sampai satu masa kita perlu untuk diam.



Adakala diam itu lebih membawa maksud dari berkata-kata