Don't Judge the blog by it's followers

Sunday 28 October 2012

Tinta si Sahabat Maya

Saat ku mengenali sahabat maya di laman sosial facebook, terkesima sekejap dengan dirinya ..seolah-olah telah mengenali diriku secara dekat. Hanya bertalikan “Ukhwah” kami seperti sejiwa bersama dalam mengeluarkan kata-kata, status FB ku dikomennya dengan memberi pandangan serta kata-kata pemikat jiwaku..
Terdetik di hati ingin melihat orangnya, tapi apakan daya pintaku agar beliau menjelma dari maya seolah dibisukan dengan alasan suatu hari nanti “kita pasti akan mengenali secara fizikal” . Mungkinkah dia pelajar sini juga atau sebaliknya. Apa-apa pun itu bukanlah sebab atau syarat untuk berukhwah bukan?
Saya senang berbicara dengannya walau hanya dia mengenali saya, terasa seperti tidak adil apabila saya tidak dapat melihat wajahnya kerna beliau tidak meletakkan sekeping gambar pon di facebook nya...
                                                            
Suatu hari, kebinggungan saya bertambah apabila beliau meninggalkan pesanan di ruang “message” facebook saya dengan pertanyaan seperti ini:


Assalamualaikum.. akak..
Dari blog akak..pnulisan akak lebih kepada hati dan penghayatan diri.. serta ana lihat ada elemen kasih sayang dan pengharapan.. jadi terungkap di pemikiran cetek ana ini untuk bertanya beberapa rangkaian soalan kiranya akak sudi...
Dari penulisan dan gambar dalam blog akak yang memaparkan "temenung" seorang diri, ana  ingin bertanya untuk kepastian.. sekurangnya ana mengenali sahabat ana ini bkn hanya pada luaran.. izinkan ana btanya..
pertama:akak rasa sunyi ke?
kedua:akak sedang mecari pasangan terbaik utk akak ke?
ketiga: akak risau masa depan akak yang x pasti lagi mcm mana?
sekiranya persoalan ini mampu dijawab,jawablah dgn hati..kiranya ianya terlalu rumit.. selamilah diri. maafkan ana akak sekiranya apa yg ana rasa ini sama dgn apa yang akak rasa.. saya hanya ingin berkongsi.

******************************
Allah pinjamkan ilmunya untuk saya memahami org.. hm.fitrah kita sbg manusia ni memang banyak pemikiran, perasaan, keinginan, nafsu yg ingin dicapai namun semua itu ada batasnya yg mjadi kokongan pada diri.. dan kita adakalanya jadi serba salah dgn diri kita krna jwpan yang tak pasti..
akak.. akak ada kekuatan tersendiri dan luahan akak secara baik mlalui pnulisan.. dan terkesan juga dihati saya, sbb itu sy percaya akak mnulis dari hati dan naluri akak sdiri. 'Sesungguhnya setiap ksulitan itu ada kemudahannya'..
*****************************
“Adakalanya kita menjadi serba salah dengan diri sendiri kerana jawapan yang tidak pasti.”

Allahu rabbi…belum pernah saya jumpa dengan insan seperti ini, rupa-rupanya dia juga mengikuti blog TSK. Saya membalas tiap pertanyaannya dan mengatakan apa yang menjadi persoalannya adalah jawapan buat dirinya juga. Segala tekaan dari pemerhatiannya mengenai diri saya dibaca satu per satu. Ada beberapa soalan lagi yang saya tidak dapat kongsikan di sini kerana terlalu peribadi.  Bagaimana bisa seorang yang tidak pernah bersua muka denganku sepertinya dia mengetahui tiap coretan hatiku..(bermonolog dalam hati).
Allah menghantar beliau kepadaku pasti tidak sia-sia bukan? Hikmah berkawan adalah rahsia Allah kerna kita tidak tahu apa akan ada depan kita nanti.

click  "picture"  for the full image ^^

Semoga kami bertemu di alam nyata! ^^

Thursday 11 October 2012

Congratulation's on your Graduation..

Bismillahirrahmanirrahim…
Penulisan kali ini saya tidak bercadang untuk menulis panjang…hanya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat mereka yang telah melepasi fasa pengijazahan. Alhamdulillah rasa-rasanya, musim konvokesyen telah pun melabuhkan tirainya…di setiap universiti.
Kesempatan di semester 7 ini saya berpeluang merasai nikamat berkonvokesyen walaupun bukan diri ini yang memakai topi serta jubah graduasi, cukuplah sekadar memerhati gelagat dan menghayati kegembiraan saudara-saudara kita yang telah menamatkan pengajian mereka untuk fasa kali ini.
Pada 3 Oktober 2012 yang lalu, pertama kalinya saya telah menjejakkan kaki ke Universiti Malaya bagi menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen abang saya.  Alhamdulillah, beliau telah pun berjaya mengapai segulung Ijazah dengan jayanya. Saya ke sana bersama Ibu dan adik. Jika arwah ayah masih ada, pasti beliau berbangga sekali melihat anak lelakinya berjaya.

Setelah pulang dari Kuala Lumpur, saya sempat meraikan sahabat handai di Universiti Utara Malaysia yang mana mereka adalah keluarga saya di UUM, iaitu my PERKIM family..antaranya adalah Khalifah Omar Abdullah, abg Mohd Jelani, achik Ridzwan Mohamed, Deddy Dixson, kak Fatehah..dan yang tidak sempat bertemu adalah Miska Mardin dan Zarina. Tahniah buat kalian.
Pada malam 8 Oktober, kami mengadakan majlis kesyukuran meraikan kejayaan mereka. Terima kasih kepada semua Mantan's PERKIM UUM kerana sudi hadir.

Bagi yang sedang berpraktikal, selamat meneruskan fasa praktikal anda, InsyaAllah tahun hadapan kita bakal bergraduasi bersama-sama.^^ 
special creation...to achik...from us...
gambar yang telah diedit dan diframekan...hadiah dari kami..^^
Mengembirakan orang lain juga adalah satu ibadah! Semoga ukhwah yang terjalin semakin menetas dan membiak hingga akhirnya. sekali lagi , Mabruk a'la falahukum..

Friday 5 October 2012

Kerna Wang


sana sini mereka berbicara
soal ringgit yang menjadi mata wang...
walau bukan segalanya..
tapi segalanya berharga dan bernilai

ada yang memberi
ada yang menerima
ada yang menderma
ada yang menyumbang
ada yang memerlukan
ada yang mengemis
ada yang menagih

keikhlasan menjadi tanda tanya
sejauh mana ketulusan hati merajai
tangan yang di atas adalah lebih baik
tangan di bawah penuh syukur

miskin syukur pada Tuhan
kaya jangan lupakan Tuhan

memberi tanpa diminta balas
menerima menikmati kesyukuran

Kerna wang...

meja judi bersepah
rasuah disuap-suap
maruah dipajak gadaikan
anak isteri menjadi modal pelaburan
warga lemah dikerah sakunya
persaudaraan dipecah belahkan
sistem riba dikuatkuasakan

yang kaya menjadi semakin kaya
yang miskin semakin miskin

dek kerana
ekonomi yang direka-reka
ekonomi yang diikut-ikut..

Islam hadir memudahkan segalanya
acuan mana yang kita guna?

Hayati konsep Islam sepenuhnya...
Hati akan menjadi tenang...


 -TSK