Don't Judge the blog by it's followers

Friday 25 May 2012

Pasrah

terbang melayang tidak sudah
fikiran dan hati umpama benang dan jarum
dijahit hati dengan benang
mencucuk di fikiran
sakit dicucuk…
demi merawat luka hati yang terbuka…

lamunan mendonggak ke langit
tertunduk pasrah akhirnya
rasa bahagia terbunuh
terpenjara dalam ketenangan
rasa yang terlahir membebankan
hukuman bagaimana ingin dibicarakan

Sangkar hati

Jika boleh melupakan itu
seumpama hanya menutup kelopak  mata  dan buka balik…
Maka hilang semua memori…
Tetapi tidak semudah itu duhai hati
Sukar dijelaskan..
Adakah “rasa” ini satu anugerah….
Dalam hati menjadi taman
Ada rama-rama indah
Menari-nari
Ada kicauan burung menyanyi
Ada suara yang ingin didengari…
Namun….
Tersangkar di dalam hati…
Jika boleh dibebaskan rasa ini…


by: teman setia ketenangan

Syair Qalbi ( syair hatiku )

Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi,
Lambang cinta nan bersemi dalam hati sanubari,
... Pada Dia Yang Terpuji, Ya Ilahi Ya Rajai

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara

Syair qalbi, lidah yang fasih,
Pantun hati, madah terpilih,
Gurindam jiwa…
Tulis dan bersih, tanda kasih,
Syair merdu syahdu beralun dalam nafas rindu,
Bagai dingin bayu bertiup lembut dalam kalbu,
Sejernih embun pagi disinari sang mentari,
Ada sinar bak pelangi merentang di langit tinggi

Tiada baris kata mengungkai makna dalam rasa,
Tiada yang serupa bahasa syurga kalam jiwa,
Kini tumbuh benih cinta penuh makna dalam jiwa,
Bertunas di ladang usia, Berbunga di ranting taqwa,
Pada seru kala senja, unggas pulang ke sarangnya,
Ada sendu dalam rasa, memujuk hati yang lara

-lirik: syair qalbi
lapangkan hatiku seluas langit...

Sunday 20 May 2012

Mencari jawapan terjumpa soalan

kaki kanan menapak di ruang ketenangan
membawa resah yang melanda
tersimpul-simpul..
menyesak di dada

khabar mana harus diutamakan
tika kekuatan tidak merajai
lemah bila sendiri
menangisi sisa hati
jika boleh berlari ke langit

hirisan kenangan lalu
seolah dilupakan
bagaimana kesudahannya
bila kaki melangkah pergi
pandang ke hadapan
tapi ingin menoleh ke belakang...
-teman setia ketenangan

Buat :-anis sakinah

Jika kau bisa lari ke langit
pasti saat ini kau tiada di sini
maka sudah pasti
perjalanan hari esok
tak mungkin kau tertempuh lagi

biar kau meronta dan membentak
mendegus-dengus melepaskan resah
percayalah tiada yang berlaku sia-sia

bukankah engkau lebih tahu sayangku
rintihanmu di rindu
tangisanmu di damba
pada DIA yang lebih mengerti
suara hati mu


nukilan: ZahLangitbiru

Tika resah kian melanda...terasa sesak di dada...soalan itu benar-benar buat diri ini sakit...ku terlantar hingga selimut ketenangan ku tidak lagi bisa membelaiku...terseksa sendiri dalam dakapan kepiluan. Ingin menangis, namun air mata seolah beku..hanya kerdipan mata memujuk ku...fikiran melayang-layang bila sendirian...perlukan teman yang bisa membasuh akal ku...bagaimana ingin dijelaskan.
Ya Allah sembunyikan....sembunyikan riak wajah ini di hadapan mereka...jawapan yang diperlukan, namun soalan ku terima.
Ya Allah...mana yang lebih baik buat ku..tunjukkan lah...
Agar tidak lagi ku teraba-raba mencari jawapan...
Sampai bila harus....
T__t

terbangkan ku ke langit..agar resah itu kian pergi jauh...

Saturday 19 May 2012

Mengubat kerinduan mereka..

Bismillahirrahmanirrahim….
Hari ini genaplah 5 bulan pemergian arwah pada tanggal 19/1/2012 (cerita pemergiannya. Semalam 18/5/2012 keluarga arwah mengadakan majlis tahlil dan kenduri. Kami dijemput ke sana memenuhi hajat mereka. Dari pagi hingga ke lewat petang berada di sana, membantu apa yang patut. Majlis tahlil diadakan selepas solat jumaat. Pada mulanya, ramai lagi sahabat-sahabat yang mahu ikut sekali ke sana, memandangkan kebanyakkan mereka ada hal yang tak dapat dielakkan dan juga yang terlibat dengan program university hanya membenarkan kami bertujuh sahaja ke sana. Walau bertujuh, insyaAllah…dapat meghiburkan pak cik dan makcik.
Sesampai di sana, makcik menyediakan sarapan buat kami , bihun goreng yang sedap sangat..! Semua menyantap santapan pagi itu dengan wajah yang penuh keasyikan. Alhamdulillah..
Selepas majlis tahlil diadakan, bermulalah sesi jamuan, menu yang disediakan adalah seperti gulai ikan kering, ayam goreng berempah, kerabu mempelam dan ulam-ulaman. Bak kata pakcik “ayam perkasam” hehe..hanya orang yang berada di sana sahaja yang memahami maksud ini..
Sebelah petang pulak, sesi kemas-mengemas dapur oleh anak-anak dara yang kecoh. Turut membantu mak lang yang happening sangat-sangat..sampai letak senduk dan sudip di beg ku. Katanya; nak bagi orang tau kita rajin..haha..kena la bawak senduk atau sudip ke mana sahaja.( gurau2 je 2 )..kami merakam sesi petang itu dengan adegan-adegan  seperti memesin kelapa oleh daddy fiq, memerah santan dan memasak air gula Melaka.haaa..agak-agak apalah yang bakal dihasilkan ye…
Menu petang yang membasahkan anak tekak..hehe..cendoi!...sedap sangat…air tangan dari mak lang.
Gembira sangat tengok orang lain gembira kan…semua terhibur, masing-masing dengan lawaknya tersendiri. Arwah seperti ayahnya, bila tengok pakcik teringat kepada arwah, gaya dan lagaknya. Pakcik yang baik dan sporting. Gaya pakcik bergambar seperti arwah. Arwah sangat baik sebab punya ibu dan ayah yang sangat baik. Kata mak lang ketika berbicara dengan sahabatku di dapur, arwah seorang yang ringan tulang di dapur dan pandai memasak. Boraknya lagi, arwah tidak pernah menyakiti hati keluarga dan saudara terdekat. Mak cik dan pakcik langsung tidak membicarakan tentang arwah. Ketabahan mereka terpancar.

Sesi bergambar bersama pakcik dan makcik dirakamkan sebagai tanda ingatan bersama. insyaAllah, kami seolah-olah sudah berjanji akan ke sana lagi. Dan akan bawa ahli keluarga UUM kami yang lain. Jika dulu di arau perlis ..lepas ni boleh lah ke kota sarang semut pulak menjadi destinasi “games” kita ye…berkawan hingga mengenal keluarga sekali itu terlebih baik, silatulrahim dipereratkan.
bergambar bersama pak cik yang sporting..
bersama makcik dan pakcik..

Sebelum balik ke UUM, kami berhajat menziarahi pusara arwah. Alhamdulillah..sampai jugak kami di sana dibawa oleh pakcik. Kali terakhir pergi semasa menghantar jenazah tuk dikebumikan.
Selepas solat magrib , kami bertolak balik ke UUM….
InsyaAllah..silatulrahim ini tidak akan terputus untuk kali itu sahaja..^^….

-kisah cinta sahabat sejati..tak berakhir bila engkau pergi..-

Coretan semalam oleh teman setia ketenangan

Sunday 13 May 2012

"Bila hati berbicara.."

Seawal jam 8 malam saya kira-kira, mahasiswa UUM telah membanjiri Dewan Seminar Pusat Islam bagi menyaksikan penampilan sulung ustazah Fatimah Syarha bersama suaminya Dr Farhan Hadi di UUM dalam forum “Bila hati berbicara…”anjuran Dewan Penginapan Pelajar TNB dan Sime Darby. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menerbangkan pasangan ideal novelis ini ke utara.

“Bicarakan hati pada Allah untuk selesaikan apa-apa yang belenggu dalam jiwa kita”
Hati terhibur sejenak melihat pasangan bahagia ini saling memuji di antara satu sama lain sehingga saya terkesima mendengarnya, misi mereka dalam menyebarkan bahagia menunjukkan baitulmuslim yang berjaya harus ditebarkan dan dibuka sayap-sayap kebahagiaan itu untuk mengajak masyarakat Muslim hari ini dalam mengemudi rumahtangga dengan matlamat yang jelas.
Perkahwinan  bukan hanya sekadar melafazkan akad nikah dan berkasih-sayang sahaja. Sebaliknya, kita perlu melihat institusi perkahwinan itu sebagai batu loncatan dalam membina masyarakat Muslim yang bermatlamat. Ianya merangkumi segala aspek iman dan takwa. Baitul Muslim itu kemas dikecapi andai matlamatnya demi berbakti kepada agama Islam. Jadikan ikatan suami isteri sinergi yang bergabung untuk Islam. Pembinaan keluarga untuk memberi impak kepada orang lain!
Wahai calon-calon pengantin sekalian, kita punya masa untuk meluruskan niat menuju gerbang kebahagiaan dengan sedikit pencerahan petunjuk jalan mawardah, mahabbah dan sakinah dalam mendaki puncak kebahagiaan yang hakiki. Adakah kita bakal membina sebuah perkahwinan yang biasa-biasa sahaja yang bekeluarga, melahirkan zuriat tanpa ajaran agama dan didikan akhlak yang mulia diterapkan ke dalam diri anak-anak kita? Sememangnya dilema abad milineum ini mencabar dalam membesarkan permata-mata hati harapan bangsa  dan agama. Maka, demi melahirkan zuriat yang soleh dan solehah, marilah kita membina perkahwinan yang luar biasa. Kita terlebih dahulu menyolehkan diri kita dan bukannya sekadar menyolek diri dalam cerminan fizikal. Pemantapan rohani perlu dikebalkan demi menepis anasir durjana yang sering menghinggap jiwa-jiwa kita.

Cinta itu fitrah…tapi jangan biarkan ia terfitnah..Islam tidak membunuh fitrah sebaliknya menyalurkan fitrah ke jalan yang selamat.
Wahai insan yang dilamun cinta, lihatlah pada kejelikan makhluk yang engkau puja itu, pasti engkau tidak lagi mengaguminya lantaran yang indah dibayang hanya sekadar di depan matamu. Kesempurnaan hanya milik tunggal yang Esa. Begitulah untuk mengurang kegundahan serta keresahan hati mengingati makhluk dan sebaiknya ingat akhirat yang paling utama. Bercintalah secara terhormat!
Bertahanlah demi membuka pada saatnya..jelas ustazah Fatimah syarha dalam diolag diskusinya. Bercinta dengan bermujahadah pasti natijahnya manis!
Berbalik kepada topik utama kita tadi tentang bila hati berbicara..pastinya hati-hati kita selalu berbicara bukan? Adakah bicaranya tentang dosa, pahala atau sebaliknya. Hati yang kerap sedih kerana selalu tidak bersama Allah. Ya..tepat sekali, masalah hati berpunca dari dalam hati kita. hati kita yang merindui Ilahi meronta-ronta untuk tenang bersama mengingati Allah. Masalah hati disebabkan kita tidak bersama Allah, itulah kuncinya. Maka marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan hati yang penuh kecintaan kepadaNya.

Carilah hati dengan membaca Al-Quran
Carilah hati dengan solat
Carilah hati dengan mengingati mati
Carilah hati dengan meminta hati yang baru.

Anis sakinah Azizan
Coretan dari forum “bila hati berbicara”
12 mei 2012

Wednesday 9 May 2012

Lakaran minda

Penaku mengukir….
Ada bahasa dan kata
Diilustrasikan bersama ilusi
Mindaku dipentaskan
Senandung drama lakonan dunia
Lukisan wajah disenjakan
Mengamit memori indah nan lara
Perasaan mengupas segala rasa
Jendela hati terbuai-buai lena
Menanti sang pecinta setia
Membawa mahar cinta..
Tercipta lagi madah pujangga ku…bila pena bertemu buku coretan
Alkisahnya di kelas…
Berikan aku sebatang pensel dan kertas…lakaran minda ku persembahkan…..


-teman setia ketenangan-

Sunday 6 May 2012

pencuri hati

Aku menulis kerana rindu
Aku menulis kerana cinta
Aku menulis kerana sayang

Pintu hati yang dikunci
Terbuka bila diketuk
Jendela hati yang terbiar
Membenarkan angin menari-nari

Meraikan kehadirannya
Dengan sebuah pertemuan
Persinggahan terpahat
Menikam jiwa dan sanubari

Keresahan dalam kenangan
Ada sesuatu rasa
Tersembunyi di balik dedaunan rimbun
Malu melanda takut terseksa

Setiap detik diingat-ingat
Setiap saat di kenang-kenang
Mata terpanah melepaskan rindu
Sunyi terpaku terkawal di hati

Pencuri hati datang bertandang
Dibawa lari sebekas hati
Memang adat tidak pernah hilang
Yang mencuri tidak tertimbul
Pulangkan harta bukan milikmu…..


-teman setia ketenangan

Friday 4 May 2012

Penulis yang baik

Saya percaya setiap manusia sekurang-kurangnya minimum ada 10 bakat. Dan bakat ini tidak memerlukan kepada Ijazah untuk mengiktirafnya..dan hak milik kekal kita bukan? Menulis juga bakat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Menulis secara tidak langsung membina jati diri kita di mana nasihat yang kita cuba lakarkan pasti menjadi pendirian kita dan seterusnya membuatkan kita tidak akan melakukan apa yang kita telah katakan.
Faizal Riduan, seorang penulis kanan majalah Milenia Muslim bertanya kepada kami

apakah sebab kita menulis”?
Kenapa kita menulis…sebenarnya..? pasti  ada yang cuba mencari jawapan lengkap yang bisa menyakinkan orang yang bertanya bukan.
Jawapan yang diberi oleh Faizal Riduan sangat tepat…sebenarnya kita menulis tanpa ada apa-apa sebab kerana menulis yang baik adalah menulis tanpa sebab apa-apapun. Cara penyampaian Faizal Riduan di bengkel penulisan tadi sangat memuaskan hati saya, santai dan berilmu. Cara dia agak sama dengan prinsip saya di mana dia menyatakan supaya di dalam penulisan yang baik jangan terlalu terikat, berat, formal, terlalu mengikut skema, dan berulang-ulang. Begitu juga, pesan mak dulu semasa mengajar saya membuat karangan yang baik.

Di sekolah menengah dulu, ada rakan yang meminta saya “check” penulisan mereka, dan saya katakan, “jangan menggunakan ayat yang berulang-ulang, nanti pembaca akan boring”. Dan saya tidak suka menggunakan ayat-ayat yang telah lama orang gunakan. Maksudnya saya tidak suka guna benda orang lain dah guna dahulu, sebaliknya saya akan cipta ayat yang lain dari orang lain supaya nampak kelainan bila guru membaca. Seperti kata penulis kanan Majalah Milenia Muslim pagi tadi, menulis sesuatu yang berbeza, jangan menulis yang berulang-ulang.
Hari ini,profesion sebagai penulis tidak lagi dipandang ringan oleh masyarakat kita. Malah menulis dapat menghasilkan gaji yang lumayan bergantung kepada company yang akan membayar kita. Bayangkan jika satu artikel bersamaan RM 1000.00 dan bayaran yang paling rendah disebut oleh Faizal Riduan tadi adalah dalam RM100.00 untuk satu artikel, itu untuk kategori penulisan yang disiarkan di dalam majalah atau akhbar sekiranya mereka tertarik dengan penulisan kita. Untuk mendapat bayaran yang tinggi pastikan rencana kita hebat dan berbaloi. Penulis novel lain pula, bayaran mereka sangat tinggi berbanding penulis artikel dan rencana, namun seperti yang dikatakan tadi , penulisan kita boleh jadi mahal sekiranya penulisan itu sangat berbaloi.
Penulisan yang baik mesti disertakan bersama fakta dan cuba buat perbandingan supaya pembaca dapat berfikir dan menilai. Kita juga boleh nyatakan emosi kita di dalam penulisan. Ianya dibenarkan supaya pembaca terkesan dengan sesuatu isu. Membaca..membaca..mebaca…membaca dan menulis itulah formulanya.= 4:1.
Setiap dari kita adalah penulis, semua orang boleh menulis, untuk menjadi penulis formula yang terbaik adalah menulislah sekarang! Menulis secara spontan dan rasa itu akan lahir melalui bahasa dan kata. Jangan bertangguh untuk kesempurnaan. Jika tidak tahu bagaimana ingin dimulakan, tirulah gaya bahasa orang yang telah berkarya, dan berkaryalah anda.

“Berdirilah di bawah bayang-bayang orang lain sebelum anda menjadi penaung kepada orang lain”
Menulis ibarat seperti memasak, masaklah dengan mencipta resepi yang baru. Bila masak, kita pasti mahukan masakan itu sedap bukan? Penulis yang baik harus banyak membaca. Menulis tidak sama sepert matematik yang tersusun mengikut formulanya. Penulisan yang skema adalah yang mengikut kerangka lama. Selalunya, kita diajar dengan pengenalan yang memerlukan definisi, isi-isi penting dan kesimpulan. Penulisan itu adalah professional dan artistic ibarat kita melukis…bebas mencoret warna di kertas lukisan. Kadang kita melihat sebuah lukisan itu seperti tiada apa-apa nilai, tapi jika pandang dari sudut yang berbeza, setiap seni lukisan itu ada terjemahan maksudnya. Anugerah Allah itu pelbagai, ada orang pandai menulis dan bercakap, ada orang pandai menulis dan kurang pandai bercakap, dan sebaliknya.
“ perjanjian denga Allah, menulis untuk kebenaran sahaja”- Faizal Riduan
Saya terpesona dengan doa yang diminta oleh penulis ini di dalam solat hajatnya, di mana beliau membuat perjanjian denganAllah, jika benar beliau jadi penulis, akan menulis untuk kebenaran sahaja. Dan terbukti, Allah memakbulkan doanya. Maka tidak hairanlah jika ada penulis yang menerima kritikan hebat bila mereka menulis dan berpandangan. Kebenaran itu perlu disuarakan bukan menyembunyikan kebatilan. Dan satu lagi, beliau menceritakan zaman belajar dahulu, di mana disebabkan tidak mendapat biasiswa, beliau sedaya upaya menulis satu surat kepada Agong ketika itu dalam menyatakan hasrat berkaitan biasiswanya. Akhirnya satu sekolah kecoh disebabkan Agong menbalas suratnya…menarik bukan!
Saya teringat sewaktu di sekolah dulu, dapat surat dari seorang banduan penjara Pokok Sena. Setelah membaca nukilan yang saya coretkan di SKOR Berita Harian.  Semua itu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Sejarah yang Faizal Riduan ceritakan bagaimana beliau terlibat dalam bidang penulisan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya yang mana untuk menjadi wartawan atau penulis tidak semestinya memegang degree in Communication dan sebagainya. Bidang studynya jauh lari bidang penulisan. Beliau membuktikan student  Human Resourse juga boleh menjadi penulis. Inilah yang dikatakan bakat tidak memerlukan degree! Akhirnya beliau menjadi senior writer Milenia Muslim.

Antara artikel beliau yang dibekalkan kepada kami adalah seperti:
“Rambut panjang, akal pendek”
“Rakyat Malaysia penagih tegar membeli-belah”
“Rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun?”
“Berfikir di luar peti undi”
“Relevensi di sebalik cuti umum”
“undi sampah”
“Temu terumbu di Tioman”
“menghisab Nisab”
Inilah lapan artikel terbaik beliau hasilkan dan saya andaikan yang berjaya memberi kesan di dalam hidupnya selain melonjak nama beliau di layar penulisan. Ingat! Menulis itu best…pesan beliau. Menulislah walau pembacanya kurang. Fenomena masyarakat kita yang kurang membaca sangat terserlah. Budaya membaca tidak dihidupkan dalam diri masing-masing, sebaliknya budaya percakapan yang mana tidak pernah mengubah apa-apa itu lebih disantapi mereka.
Wallahua’lam…

Anis Sakinah Azizan
-Coretan dari Bengkel Penulisan artikel dan berita
4 mei 2012

Wednesday 2 May 2012

cinta si layang-layang

semalam gembira sangat sampai kepenatan…al-maklumlah cuti 1 mei (labor day), maka bergembiralah kami yang bersifat keanak-anakan ini dalam mencari sesuatu tuk diisi masanya..hehe..(ayat apakah ini)..oklah…baik—baik…straight to da point….--à
Alhamdulillah berjaya mencipta kenangan demi kenangan sebelum bakal meninggalkan UUM ini…seronok sangat dapat hidup dalam kalangan sahabat-sahabat baik yang saya anggap seperti 1 family…perkataan “games” dah menjadi sebati dalam istilah ukhwah kami, asal sebut games je..pasti melibatkan sesuatu perjumpaan tak kira lah…makan-makan ke…jalan-jalan ke…atau main-main….hehe..gathering ramai2..
Pagi semalam dah tawan puncak vista bagi kali kedua buat diri ini bersama..along.ayong.adik.amani dan ilham…
Petang pulak, games main laying-layang…..
“nak main laying-layang tak petang ni”…
Balasku…nakkk…
Mula tuu cam nak tergelak pon ada..sebab..banyak2 bentuk sukan yang ada kat uum ni..layang-layang juga yang tak de kan….


Actually, layang-layang tersebut telah dibuat oleh seorang sahabat lelaki , rajin orangnya…sanggup buat laying-layang  …banyak juga yang dia hasilkan…


Dan sekarang..tiba lah masanya…layang-layang dinaikkan…berbakat jugak sahabat-sahabat saya ni…seronok tgk adik kecik kami (fasihah) yang berlari2 menaikkan layang2 nya…terhibur tgk gelagat mereka semua…


Dan saya telah merosakkan layang-layang si Z..maaf sangat2…pada mulanya…layang-layang dia dah tinggi naik di awanan…disebabkan tangan saya yang “kekok” ni pegang..maka menjunamlah ia tersangkut di ranting pokok…T___T


Overall, happy sangat semalam…tima kasih sahabatku…



Petang itu...
seorang gadis dan layang-layang
terkedu di padang terbuka
lencun disirami gerimis senja
melihat layang-layangnya terbang tinggi
disangka menerjah awanan
ikatan di tangan bisa terlepas
dalam pegangan erat      
jangan terlalu keras mengawalnya
yang terlalu galak melepaskannya
biarkan ia bebas
memilih angin rentak iramanya
ingin bebas tak terikat
terbang dan berlari
menongkah ganas deruan debu
di ruang litup langit
tarik dan lepas
jangan sampai tersimpul
jangan biar terjunam
dan tidak pulak terus melepaskan ia pergi
kerna tak mungkin kita bersua lagi...
semoga engkau bebas membawa
hala tujumu...


-maaf sebab saya telah merosakkan layang-layang seorang sahabat-^^

-temansetiaketenangan