Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 17 March 2012

Galeri Hati Menyimpan Rasa

Perasaan itu hadir dalam hidup memberi rasa yang sukar disalurkan ke hati insan lain untuk difahamkan kerna ianya perlu dirasai…jatuh bangun sebuah hati bila mana rasa itu menjadi raja di dalam hati kala itu. Terpaku, terbuai, terbisu, terpendam, dan adakalanya lara berseorangan tanpa punca utama kerna bermain bersama hati. sekeliling yang memahami hanya mendengar, berkata, melihat, mendorong dan memahami. Rupanya saat ini satu cabang pengalaman hidup bilamana kita terbuai dek hati dan mencari solusi terbaik tuk hadapi walau dengan bagai cara dicadangkan..tapi pendapat sendiri diutamakan. Pandangan luar hanya menyokong dan mendokong pautan hati..tetapi pilihan dan keputusan di tangan milik kita
.
Rasa yang selalu dihemburkan dulu
hilang berlalu..
permulaan berputik..
pertengahan berbuah
adakah akan berakhir umpama buah jatuh ke tanah
gemilangnya sebentar
menyinggah di pelantaran hati
semuanya demi sebuah rasa yang tersemat
bukan kerana rasa itu berlalu
tapi fikiran di jangka masa
telah terlakar
kerna bukan itu penentunya
dilihat hingga ke depan
tidak untuk satu jangka pendek
yang indahnya secuma itu

aku membilang setiap kenangan yang terjadi dengan sedari serta ingatan yang masih kukuh untuk mengenangnya kembali sehingga sebuah kenangan berjaya berada di tangan ku dengan kebetulan.

Kan tersimpan bersamaku..wahai kenangan…walau secebis…

Kini, terasa semakin suram suasana itu tuk dikembalikan seperti dulu..umpama angin yang membawa dedaunan kering….bila tiba musim luruh….walau ku masih menunggu musim berbunga datang menerjah….

(melarikan lafaz ke sana dan ke sini hingga tiada hujungnya...akhirnya tersimpan di galeri hati)

Friday 16 March 2012

Salam Bahagia Buat Kalian Juga


Bismillahirrahmanirrahim.....

Kepada Diari hatiku….

Air mata yang ku tahan tertitis jua hari ini…mengalir laju bila desakan hati menular. Bukan mengeluh ujian yang dihadapi Cuma daku kurang tabah mengawal hati. kadang kata menjadi racun hati, fikiran tidak lagi waras, Cuma nasihat yang dibekal ku terima menjadi pendinding kala itu. Segala rasa bergabung menjadi satu kuasa desakan hebat tuk ku alirkan air mata ini. Rasa diri tidak berguna dan matlamat semakin kabur. Bukan disebabkan satu kejadian remeh menimpa, tetapi fikiran yang meracuni hati buat kita sukar dikawal.

Ya Allah, jika ini cabang ujian hidupku….
Berikan aku pedoman dan bimbingan
menyelusuri denai serta onak ini dengan hati yang luhur
kerna diriku insan lemah
kadang terjatuh lemah bangkitnya….
Bila tekanan hidup melanda.

Tapi , aku bersyukur punya sahabat yang memahami dan mengambil berat perihalku…..ada yang menghulurkan bantuan, ada yang memberi kata-kata semangat, ada dengan senyuman, ada yang cuba menghiburkan hati…terima kasih semua…

Buat kak ain (kak yong): terlalu baik, sanggup berkorban, tidak pernah menolak sebarang bantuan yang kami perlukan darinya…sanggup datang ke bilik membawa makanan serta risau akan keadaan ku…

Buat fasihah (adeq) yang manis orangnya: suka buat kak anis tersenyum kan…walaupun kadang kak bermuram durja dan merajuk…adik pandai ambil hati dan kak sukar nak terasa hati dengan adik. Cantik gelang yang adik bagi dari sabah tuu…kak hargai…

Buat azzaihaa (amani) amani pon baik orangnya….setiap kata yang dilemparkan amani tak penah ambil hati, amani kuat sebenarnya…semoga perubahan hidup yang amani pegang terus kekal dan istiqomah.

Buat zah (along)..hehe…kasar kata-katamu pernah sekali je angah terasa..itu pun bila mood x ok..tapi along baik orangnya, perihatin, kasih sayang mu ibarat kakak kepada adik. Walaupun along anak bongsu dalam keluarga tapi menjadi sulong buat kami di sini. Along selalu memberi inspirasi dengan lemparan kata-kata hikmah…..
Kata-katamu ini ku simpan di sini yaaa..agar selalu diingati selalu di dalam galeri blog ku….

~```Buat AnNisa' Kinah```~



Dalam kita meniti sehari-hari
tidak pernah kita di janjikan
bahawa hidup ini laluannya sekadar bahagia
aku tahu engkau lebih ahli berkaitan itu

bukankah dalam aliran sungai yang mendamaikan
pasti akan ada detik ketika
hujan lebat bertemu dengan air pasang
yang bergabung menjadi satu
mengalir kasar melimpasi batas aluran sungai

bukankah dalam lebat hujan mengasak bumi
pasti selepas itu awan gelap pekat akan berarak pergi
memberi peluang pula untuk mentari menjelma wajah

bukankah jua
pelangi datang menyebah diri
setelah hujan membawa diri

dalam putaran roda kehidupan
pasti saat kita d atas dan di bawa
ceritanya berbeza
jika hanya semilir
saat bila haruman atas sebuah kesabaran mampu menjadi milik kita

seperti mana aku dan engkau tahu
setiap urat yang berselerat d jasad 
bukan kita yang mengawalnya
dan kita juga menyedari
kita bukan pemilik sebenar
atas jasad tubuh yang kita guna pakai saat ini

:::>...salam bahagia buatmu...pahit itu pasti akan terus terasa andai kita masih belum merelakan atas sebuah sesuatu...memang lidah itu lembut bicaranya dan seakan mudah menyapa pendengaran...tapi sesuatu yang datang dalam hidup kita bukan sekadar saja-saja...<:::


Aku sayang kalian…….^_^

kenangan bersama..amani, along, angah (me) ,adeq n kak yong

sama-sama mencari ketenangan bila mana diri  dalam keadaan kestresan...heheh...

Thursday 15 March 2012

Ujian Tarbiah Diri


Ujian demi ujian ku tempuhi, hari sabtu baru-baru ini (10 mac 2012) kepenatan menolak moto kerana tayar pancit, penat berganda tapi segala keringat dikumpulkan dan terhembus keluar..demi menolak motor yang menaik ke area yang tinggi…entah ni kali ke berapa tayar moto pancit…kalau tak tayar depan..tayar belakang…akhirnya berjalan kaki balik dari DPP Proton ke DPP Petronas

Begitu juga pengalaman pertama, (12 Mac 2012), accident dengan kereta. Motorku berlanggar dengan kereta yang dari arah kanan ke kiri jalan yang ku jalan dan terus ingin membelok ke kiri (di persimpangan) tanpa signal diberi terlebih awal. Sekelip mata berlaku, motor ku terus berlanggar walaupun sempat memijak brek, nasib baik motor yang ku bawa waktu itu tidak laju..begitu juga dengan kereta lecturer tadi. Motor ku cedera dan patah di bahagian depan serta side mirror tercabut. Kereta tadi juga tercalar panjang dan kemek sedikit. Lecturer tadi mengaku kesalahannya kerna terus membelok tanpa signal diberi, dia pon dalam keadaan yang “rushing” sebab nak attend meeting. Semua kerosakan motorku ditanggung olehnya. Mulanya perasaan marah menjelma selepas kami berlanggar tetapi apabila melihat raut wajahnya yang bersalah membuatku tenang kembali, manusia mana yang tidak buat silap bukan??....aku tidak mengalami sebarang kecederaan Cuma sakit terhempas di dada dan lebam-lebam. Alhamdulillah..syukur Allah melindungi…
      
belum sempat penat terusir

berpatah balik mengutip sisa-sisa harapan
daya dan usaha terus tabah
andai cebisan terjumpa kembali

terlupa duka bakal memanah hati
fikiran mula terbeban dek situasi
kadang seperti logika
terlalu pantas di pementasan
tak terfikir dan tak berlaku
sepatutnya telah pun terjadi….


Kepala menjadi berat hingga tak dapat nak habiskan bait kata agar tersusun lebih panjang….

Semalam, (14 Mac 2012) letih mencari handphone ku yang tercicir entah ke mana, dalam hati simpan harapan agar bertemu kembali tetapi harapan itu seolah sudah berkecai, hati mula pasrah dan redha dengan takdir. Muhasabah diri kembali, atas kejadian yang menimpa ku dalam seminggu ini, pasti ada pengajaran yang Allah nak kita belajar , sebab kadang-kadang kita kurang peduli dalam hal yang remeh-temeh umpamanya. Tapi sebenarnya walaupun benda itu kita anggap biasa tapi mungkin ada balasannya kan?

Contoh: kita guna handphone sewaktu di dalam kelas ketika lecturer tengah mengajar, walaupun dengan membalas sms rakan. Dan tidak mematuhi arahan guru yang mengajar dan abaikan adab ketika belajar.

Allah boleh bayar cash di atas perbuatan tadi dengan menarik balik nikmat yang kita ada, kerna jika Allah tidak balas segera pasti nanti akan memberi kesan pada masa akan datang.
Ianya sama juga jika kita meniru di dalam peperiksaan,,,kita mungkin tak Nampak kesannya sekarang kerna Allah menangguhkan dulu balasannya..mungkin akan beri kesan pada masa hadapan kita..so waspada….

Kalau kita tidak hadir ke kelas, usahlah menyuruh rakan yang tandakan kehadiran kita, kerna itu satu penipuan bukan….bimbang-bimbang benda yang kecil itu akan memberi kesan suatu hari nanti…so, ingatlah jangan kita remeh-temehkan benda yang remeh –temeh
……….

Baiklah, selepas kejadian tuu…saya muhasabah kembali, pasti saya ada silap dan salah sehingga ujian ini datang tuk tarbiahkan kembali hati ini..banyak benda yang saya teringat, saya kurang menjaga adab di dalam kelas..membalas sms tanpa mempedulikan arahan guru. Saya akui kesalahan itu dan berharap agar kita semua haruslah beringat sebelum kena.

Terima kasih ya Allah…sekurang-kurangnya hambaMu ini mengetahui salah dan silapnya.dan menerima musibah ini dengan setimpal dengan apa yang telah hamba lakukan. Hamba terima dengan hati yang lapang.”

pengajaran di sebalik ujian..

ujian datang membersihkan hati
tidak menitiskan air mata bukan beerti tidak sedih
bila tersedar
begitulah rasanya...




Sistem Masa Manusia

tidur sekarang terasa terlalu sekejap
disangka awal rupanya bakal lewat
terkejar-kejar belari bersama masa
detik,saat,minit dan jam dalam sekali
sekilas pandang tanpa terduga
sekelip mata tanpa disangka

kata sahabat kita dalam sistem masa
sistem yang kita diami
dari alam roh hingga alam akhirat
pernahkah kita berfikir...sejenak
soalan diaju tidak terjelas
jawapan langsung sukar tuk diberi
namun penerangnya diluar kotak pemikiran
logik dan akal berinteraksi

kita merenung sana dan sini
terfikir begitu dan begini
mengapa dan bagaimana
sehingga tak tercapai dek akal
setiap perasaan ingin dirasa
setiap hati ingin diteroka
bisakah kita?

kejadian demi kejadian berlaku
buat kita lebih pantang berhikmah
sakit dirasa bukan sengaja
amarah datang mengodam
nasib tergoda dengan ketenangan
yang salah kita pasrahkan
kerna kita semua manusia
yang hidup dalam sistem masa

hari ini begini
esok begitu....

(kata-kata kalian ku rangkumkan menjadi satu ..bila hati berdendang...)




Sunday 4 March 2012

Rindu Yang Jauh

Bismillahirrahmanirrahim…..

Alhamdulillah,
hati mula terdetik ingin mencoretkan sesuatu pada malam ini, disebabkan kondisi hati yang merindui seseorang telah memberi ilham tuk saya menulis di sini….seorang insan yang Allah hadirkan ke dalam hidup biarpun sekejap pertemuan kita, saya yakin kami pasti akan bertemu lagi cumanya bila?di mana?...itu semua dalam tangan Ilahi…

“ Assalamualaikum, apa khabaq? Amboi dah lupa dkt kak ka? Sibuk ka?”

Tiba-tiba msg masuk ke hp…dari kak sumaiyah…..
Ya Allah baru petang tadi saya terbayang wajahnya mengingati kenangan kami bersama…
Tak sangka bukan…bila kita ingat dekat orang…naluri itu sebenarnya terjadi kepada dirinya jugakk…inilah kehebatan Allah yang mencampakkan rasa di dalam hati kita kan…insyaAllah jika hubungan itu kerana Allah pasti ada kemanisannya…
“kak…anis pon rindukan kak huhu…=(“

Seusai solat isyak..hati terus rasa hiba…rasa sedih…dan rindu kan kak sumaiyah….rasa nak sangat berjumpa….dengan dia..

Kak sumaiyah antara senior yang saya paling rapat…mungkin disebabkan kami sama2 orang kedah..saya lebih selesa berkomunikasi dgn dia..yelah cara kami bercakap sama dgn nada yang sama…kdg2 org kedah ni kasar ckit tau bercakap..kalau yang faham…akan faham..kalau tak faham ..jangan terasa hehe..tapi sebenarnya hati kami baikkk….(perasan pulak)….

Kami satu paras , Cuma biliknya berselang satu bilik je dgn bilik saya…teringat pulak detik perkenalan kami kat depan koridor depan bilik..sama2 nak sidai baju kot….start dari situ kami dah mula mengenali antara satu sama lain…

Mungkin jugak disebabkan dia senior saya dalam kos yang sama membuatkan kami senang berkongsi pendapat….kak su penasihat saya sebenarnya…
Pernah saya menangis di biliknya…makan di biliknya…stdy kat pantry sekali…dah macam kakak sendiri…dia cukup memahami saya…

Kak su selalu dengar masalah saya, bila saya bersedih..dia akan hiburkan saya….
Tapi kadang-kadang kita kuat gelak jugak kan kak? Heheh…
Ingat lagi…kak senior yang berjenaka…kata geng surau….tapi gelaknya..hehe….macam tu lah kan bila berkumpul sama2…

Sekarang anis dah sem 6…cepat bukan masa berlalu…dah hampir setahun kita tak berjumpa…alhamdulillah..kak su pon dah sambung master di UM,tercapai jugak impian kak nak sambung master….
Kak ..lepas ni kawen pulak ye….mesti anis pergi kalau tak ada aral melintang….semoga kak cepat bertemu jodoh yaa…

Doakan anis sekali!!!!

kenangan jadi fasi AJKS (minggu orientasi pelajar sesi 2010/2011)
-dari kiri depan aku..kak sumaiyah..n kak diana- 
rindu menyapa kala ini...


dulu kita pernah bersama....
rindunyaa...kenangan dulu....
bila ku berduka
kau sembuhkan kedukaan ku dgn nasihatmu....
bila ku tertawa
kau turut serta..
hari ini ingatan kita saling mengingati
rupanya kita saling merindui...
tidak menyapa
tidak beerti sunyi

kak sumaiyah...terima kasih sebab selalu menemani suka dan duka anis......
kak senior paling sempoi....jaga diri baik2 di sana....insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi..n sembang lama2...=)

(hatiku kata rindu.....)




-      musafir Ilahi & teman setia ketenangan...