Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 19 November 2011

Hatiku berbicara lagi..

Bagai terdiam seribu bahasa
Sehingga gelagat tidak dapat lagi menipu
Kejujuran bukan tuk lakonan
Andai ianya sukar dipalsukan
Semoga mereka mengerti
Bukan itu bermaksud tujuan
Tapi sesuatu yang di luar jangkaan bahasa perilaku

Andai itu satu kesalahan
Maafkan daku teman….
Ku terima nasihat kalian..
Bukan tanda marah
tapi membenarkan setiap kata adalah sangat terkesan
Kalian penghibur hatiku
Suka ku di kongsi bersama
Seakan faham di fikiranku…

Hati ikhlas ini ku hiaskan
Bukan tuk memuji
Agar dapat diterima
Kehadiran seorang teman
Dengan sepenuh hati serta seadanya

Perasaan ini ku layarkan tanpa angin mengetahui perlabuhannya
Kadang tersesat sendirian dalam menuju
Kanan atau kiri
Dalam menggelora bahtera hati..

Perlukah tuk berlabuh di persinggahan?
Atau melepaskan tali dibawa arus..

Ke mana kah destinasi hati harus dilayarkan….
Tunjukkan daku jalannya
Wahai tuhanku….

-pena hijau mengukir ketenangan-
1.07 pagi
20/11/2011

Hatiku berbicara lagi……





Monday 14 November 2011

Indah Tercipta Buatmu Ibuku..

Ibuku…
Semoga ketabahan menemani mu…
Ku tahu telah banyak duka yang kau tanggung
Begitu banyak derita yang kau galas
Walau hidupmu tak seindah mentari lain
Tapi Kau sangat hebat ibuku…..

Kau basuh lukamu
Demi sesuap nasi untuk anak-anakmu
Pengorbanan mu sangat tinggi..
Andai kebahagiaan itu belum tiba
Pintalah kebahagiaan yang hakiki lagi abadi
Pengharapan itu hanya kepada Allah

Ku  tahu hatimu terlalu lembut..
Sehingga rela membiarkan air mata duka mengalir
Tapi ibuku..
Andai itu juga terbaik untukmu
Biarlah takdir penentu segalanya

Wajahmu penuh penderitaan
Matamu tidak dapat lagi menipu kasar pandangan mereka
Walau keceriaan itu terukir
Namun siapa yang tahu hati mu menangis….

Ibuku..
Aku tidak sanggup lagi memandang air mata mu yang terus mengalir..
Terasa sakit di hati..
Sebak di dada…
Namun ku juga turut berdiam diri
Andai itu tanda ku memahamimu
Biarlah hati-hati yang berbicara

Ibuku …
Usia muda mu penuh onak dan liku
Tapi kau Berjaya menawannya
Demi membesarkan anak-anakmu ini…
Kau lah bapa..kaulah ibu untuk kami…

Ibuku…
Ku tahu  hari kebahagiaan buatmu akan tiba jua
Bersabarlah ibuku sayang…
Kau wanita hebat…

semoga ku dapat mengukir ketenangan di wajahmu ibuku.... 
Indah tercipta buatmu ibuku sayang..Puan Latifah Binti Lin

in this photo: adik....mak dan mak cik na....

 

-Teman Setia Ketenangan
(pena hijau mengukir ketenangan)
12:01 a.m
15 November 2011

Sunday 13 November 2011

Detik Waktu

Dari titisan yang hina
Kita dijadikan sempurna
Untuk bertakwa
Pada Yang Esa….

Tapi kita lupa..
Untuk menepati kata
Yang telah lama
Dibisikkan ke telinga

Bila fikiran dah hati tidak sejiwa
Ranaplah sebuah dewasa
Andai itu memerlukan masa
Usah lagi kau terleka

Pimpinlah hati dan jiwa
Untuk mengapai rasa
Di sana luas terbuka
Untuk menjadi sempurna

Detik yang dipinjamkan kepada kita
Hanya untuk sementara
Kembali pada Yang Esa
Agar tidak rugi demi masa



-Teman setia ketenangan-
14/11/2011
11:46 pagi

Unknown Gift

Teringat semasa semester 3….
Tolak-tolak pintu bilik tetiba nampak satu hadiah di atas meja study…..
Tanya my roommate….”siapa bagi kat anis ni???”
Entah…ada orang hantar tadi….dia tanya ni bilik anis ke…aha..jawab roommate….
Then, roommate pon tak tanya banyak dekat si penghantar hadiah tuu…mungkin orang tu
pon hanya wakilkan atau ditugaskan oleh “customer” dia menghantar ke bilik saya…
selalu student u buat cam tu kalau nak  dedication kt someone…cam bunga..chocolate ..ke…

Belek punya belek…ada kad yang dikepilkan bersama hadiah tuu….
Yang pelik nya…nama si pemberi hadiah tu…”shahril Long”….saya tak pernah mengenali sapa shahril long..kecuali kawan yang bernama shahril yang saya kenal…
Then..terus saya kol shahril yang saya kenal..semua mengatakan bukan diorang yang bagi…dan saya mempercayainya….
Setahu saya dekat u saya tak de yang nama shahril long….mmmmm…memamg pelik…
hadiah sempena raya aidilfitri kot....

Kepelikkan dan kebinggungan bertambah lagi bila baca kata-kata kat kad tuu…
siap tulis.....ampun maaf andai
                 "terkasar bahasa"
                  "tersilap pukul"
                  "terambil barang "
                   "terpau duit kamu"..dan semua "ter" yang lain..

Masalahnya...apa yang dia cakap tuu..langsung saya tak tahu..bila masa la pulak ada orang ambil duit..ambil..barang...tersilap pukul saya..siap minta maaf...
pening dibuatnya...tak pernah ada insan yang bernama shahril long yang hadir depan mata tetiba ada hadiah dari orang tuu..memang tak masuk akal...
Harap segala persoalan ini akan terjawab suatu hari nanti..dan siapakah dia "shahril Long" tu...atau nama tu bukan nama sebenar...mmmm...Wallahualam.....

-gula-gula, air kotak apa yang ada dalam tuu..semua bagi kt adik....dia makan semua..hehhe"


Saturday 12 November 2011

kuali Ekspress Vs Periuk Ekspress

Bismillahirrahmanirrahim....kalam indah ini ku lafazkan membuka tinta kali ini....syukur ku kerana masih berpeluang mencoretkan sesuatu tuk tatapan dan bacaan buat sang pembaca blog ku yang tidak seberapa ini. Ku gerakkan tangan ini tuk pantas menulis walaupun kepala terasa berat dek kerana makan daging korban baru-baru ni...dengan ketupatnya..amatlah membuatkan kepala ku terpinar-pinar.. label post kali ini tentang masakan lah pulak sebab tengok di label..rupanya cerita tentang masakan baru sekali saya post...jadi tak seimbang di situ, sejak akhir2 ni selalu je cerita "kisah tinta penaku", makanya saya berhasrat tuk menambah koleksi gambar masakan yang tersimpan indah di handphone yang sempat saya rakamkan.


Baru-baru ni saya dan beberapa sahabat yang pulang ke kampus awal telah bercadang tuk memasak sendiri dek kerana banyak kafe tak buka,,ianya agak sukar tuk kami mendapatkan bekalan makanan. Alang-alang dah ke bandar Alor Setar sempatlah singgah di Souq Al-Bukhori dan shopping di Giant membeli bahan mentah tuk masak makan malam nanti. Sebenarnya tujuan asal hanyalah tuk ke PERKIM kedah atas beberapa urusan, setelah settle urusan di sana kami sempat berkunjung ke Souq Al-Bukhori tuk makan tengahari di sana sesudah menunaikan solat zohor di Masjid Al-Bukhori.

jalan masuk ke pejabat PERKIM kedah..


semasa di PERKIM kedah


letak lah asam jawa ckit dalam sup mesti sedap..bak kata si wan @_@..haahh

Aiwah.....kita bercerita lagi....


akhirnya sampai ke medan UUM, kami menyerahkan semua bahan-bahan tadi kepada orang lain pulak tuk diuruskan atas persetujuan bersama. Nampaknya chef zah lah yang kena handle....menunya adalah sup ayam..sebab kami masak pakai "Rice Cooker " je...so masakan jenis sup agak sesuai lah di masak dengan menggunakan rice cooker tuu...

round pertama kena masak sayur dulu ..pas 2 baru masak sup....


abaikan gambar di belakang tuuu...=) agak bersepah
Kemudian muncul si zulaikho dengan toaster...yang bawa dari rumah semata-mata khas tuk kami guna tuk memasak...ni lah cara yang terbaik tuk mengantikan dapur gas...kita pakai yang "ekpress" je..mmmmm express ke...huhu...kalu kena tunggu berjam....heheh...xpelah janji dapat makan...so kena bersabar ckit lah...

Makanya tercetuslah satu inovasi baru tuk membuat ayam bakar bersalut telur yang direka oleh chef wan dan chef hanafi...dengan menggunakan toaster tadi...

ni mmg air tangan betul nih...

simple n easy
nak tengok hasilnya...tuuugggguuu,,,,,,


semua bergotong-royong tuk siapkan makan malam walaupun ada yang datang nak makan sahaja...datang-datang lauk x masak lagi..so kena take part in the kitchen lah....biar kita ajar perut tuk bersabar sedikit supaya kita merasa betapa peritnya orang yang tak makan berhari-hari...just imagine that....huuu....kebuluran yang melanda saudara SeIslam kita di sana-sini ekoran bencana alam yang tak diduga..Alhamdulillah bumi Malaysia belum merasai itu semua dan berdoa agar kita sentiasa dalam keadaan yang aman..Walhal ini..kita harus bersyukur walau apa jua yang menimpa kita kan...

ok...tunggu punya punya.......taaddaaaaa....dah siap..sila ambil pinggan masing-masing.....

juruhias masakan : ridwan

ni lah hasilnya..sedap ke xsedap belakang kira..yg penting presentation nya..hehe...

yumm...yummm..dah siap



dan akhirnya......


don't judge the "masakan" by it's "pinggan"
 Alhamdulillah...sebab telah berjaya mengenyangkan 10 orang yang sabar menunggu....

-Thanks  to Allah The Beneficient The Merciful-