Don't Judge the blog by it's followers

Monday 22 August 2011

Anwaau'l Quluub


Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah..detikan hati sudah bertandang semula untuk menulis selepas agak lama tidak mengemas blog kesayangan ini...nampaknya my blog berubah lagi...dari segi layout..design n background nya...almaklum sahajalah..saya adalah seorang yang suka mengubah-ubah sesuatu perkara...contohnya kalau di rumah pasti saja saya akan menukar posisi perabut time mengemas rumah..asal kemas sahaja pasti barang-barang akan berubah tempatnya sekali..begitulah juga keadaan bilik hostel saya di kampus..sampai roomate pon pening kepala dgn saya..bilik xluas mana tapi nak jugak mengubah dari posisi asal...sebab saya suka melihat sesuatu yang berbeza dari sebelum nya itulah konsep saya setiap kali mengemas..sehinggalah blog ni pon jadi mangsanya.....dan adakah hati saya jenis yang suka berubah-ubah..harap2 tidaklah...semoga Allah tidak membolak-balikkan hatiku..Ameen ya Robb..seperti biasa pasti saya akan melalut sahaja sehingga lupa tujuan asal entry kali ini...Baiklah entry kali ini nak cerita tentang jenis-jenis hati...atau dalam bahasa syurganya " Anwaau'l Quluub".
______________________________________________________________


Video di bawah  ini telah diberi ataupun dalam bahasa facebooknya..di tag oleh sahabat karib saya di Jordan..beliau kini sedang menuntut di University of Al-Bayt . so saya download video ni untuk ditatap selalu dan secara tidak langsung memberi idea kepada saya untuk dikongsi di dalam blog ..harap semua yang membaca enty kali ini lihatlah video ni...sebab saya tidak akan ulas semula cuma di dalam video ini kita  dapat melihat demontrasi jenis-jenis hati secara praktikalnya...selamat mengambil pengajaran!










Robb,... 
Aku datang pada Mu dengan penuh kepasrahan 
Ketika dihadapkan kepada pilihan terberat 

Robb,... 
Beri ketetapan hati untukku 
Hati yang terbaik yang sama-sama kita lihat 
Hati yang bukan saja menyejukkan dalam pandanganku 
Tapi hati yang telah kau lihat sampai menembus relung kalbunya... 

Allah yang Maha Kuasa, 
Maha melihat masa depan, 
Maha mengetahui yang akan terjadi 
Engkau jua yang mengetahui keinginan terdalam hatiku 

Ya Allah,... 
Jika mendambanya adalah kesalahan 
dan merindunya adalah kekeliruan 
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai dalam keindahan fatamorgana semu... 

Jika kesempurnaannya bukan untukku... 
Tolong bawa jauh dari relung hati... 
Hapuskan khayalan keindahan tentangnya 
dan jangan biarkan aku terlena dalam keindahannya... 
Gantikan aku dengan kesempurnaan yang sebenarnya untuk dia 

Tapi Tuhan,... 
Jika kesempurnaanku adalah bersamanya 
Beri aku kekuatan menentukan pilihan 
Beri aku kesabaran dalam menjalani proses menggapainya 
Jika dia memang untukku... 
Jangan biarkan aku menyerah & terpuruk dalam belenggu masa lalu............ 

Smoga kau redhoi kami untuk bersatu 
Mengarungi sisa umur... 
Menapaki jalan kearah Mu... 
Dan melukis keindahan untuk dunia dan akhirat kami... 

Tolong beri kesabaran yang penuh... 
dalam melalui detik-detik waktu yang berjalan... 

Amien...... 









Doa Ketetapan hati dalam Hidayah



رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنْتَ اْلوَهَّابُ
[Robbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa Wa Hab Lanaa Min Ladunka Rohmatan, Innaka Antal Wahhaab]
“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau Mahapemberi (karunia).” (QS.Ali ‘Imran:8)




Glosari
Anwa'= jenis, Anwaau'l= jenis-jenis
Qalb= hati. Quluub= hati (jama')



Monday 8 August 2011

masak-masak ramadan






Bismillahirrahmanirrahim..kalam mulia pembuka bicara ruangan kali ini...alhamdulillah dah masuk minggu yg kedua kita berpuasa..sekejap je rasa....pantas masa berlalu kan...

perempuan dgn dapur xboleh dipisahkan..hehe bak kata sapa2 lah....belajar tinggi mana pon seorang perempuan...ke dapur jugak kan....

agak-agak suri rumah yg nak sediakan makanan tuk berbuka pening x ek...yelah...xkan nk masak lauk yg sama...ada setengah 2 yg dah xlalu nak makan nasi...mmm....yg tahu minum air je byk kan.....

kali ini berkesempatan berpuasa sepenuhnya di rumah..xmerasa la berpuasa di kampus....kt rumah full time lah..so kena la masak sendiri..xkan asyik nk beli kt bazar je kan....jimat kos dan x membazir..bersederhana sudah...

pena nak kongsi sikit menu ramadan kali ni....jom scroll ke bawah......













kangkung masak belacan

sup daging (kena rebus lama daging ni..bru lembut)
sambal ayam..ayam masak merah

ayam masak madu

daging masak kunyit


suppppppppppp....

sayur goreng

kuih peneram....home made
ikan bilis masak sambal (sambal ikan bilis le..)

daging masak kicap


bkn tuk makan tapi tuk dijual...(huhu hitam ckit cuq kodok ni)



tuk dijual..kerepek pisang..hasil tangan my brother...


inilah hasilnya-sagu gula melaka



gambar2 ni akan di tambah lg mengikut keperluan semasa hehe..seronok buat koleksi...pena bukanlah seorg chef handalan....masak yg simple2 je...tapi memasak ni sgt mudah....hentam2 je...dah siap..yg penting kena ada minat....jgn malas..

Friday 5 August 2011

Kisah Teladan : Akhlakmu Ya Rasulullah

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.




Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.


 Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.


 Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan 


"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.


 Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. 


Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 




Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. 


Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.