Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 30 July 2011

warkah dari penjara


Bismillahirrahmanirrahim..dengan lafaz mulia pembuka bicara kali ini…..Alhamdulillah…bulan Ramadhan akan menziarahi kita tidak lama lagi…esok lusa kita semua dah kena berpuasa….sudah bersiap sediakah kita menghadapinya? Bagi orang-orang yang beriman kepada Allah..merekalah orang-orang yang paling seronok menyambut Ramadhan, manakala bagi sesetengah golongan akan merasa susah hati? Tibanya Ramadhan, maka saya teringat akan kisah saya berkenalan dengan seorang penghuni tirai besi yang menjadi pen-pal saya ketika itu…semuanya bermula dengan sepucuk surat yang dilayangkan ke sekolah saya tatkala itu….

Kisahnya…

Saya diberitahu oleh seorang adik di sekolah saya bahawa ada sepucuk surat di peti surat sekolah yang ketika itu tertera nama saya….
Saya terus menuju ke peti surat tersebut…ye..memamg surat itu milik saya..dalam hati..alhamdulillah nasib baik tak sampai ke pihak pejabat..takut2 surat itu tidak sampai ke tangan saya seperti mana sebelum itu ada juga surat yang diutuskan untuk saya….

Surat pertama telah dilihat oleh pihak sekolah terlebih dahulu…setelah sekian lama, barulah saya diberitahu oleh ustazah bahawa ustazah ada menyimpan surat tersebut..baiklah..dipendekkan cerita surat pertama yang saya terima adalah dari seorang lelaki siap ada gambarnya sekali..datang dari pelajar sekolah YK…

Isi kandungan surat jelas  bertujuan untuk berkenalan….(oh..tidak..mcm pelik je bunyinya..), sahabat2 saya ketika itu turut merasa seronok…siap menyalin alamat budak lelaki itu..almaklumlah….zaman2 sekolah…semua jadi exiceted belaka…
Apa2 pun terima kasih ye ustazah norison,,,sebab bagitau jugak tentang surat 2…kalau ikutkan surat2 seperti itu akan ditapis oleh pihak sekolah sebelum sampai ke tangan pelajar….

Baiklah..kita lupakan saja pasal surat yang sampai ke tangan sekolah terlebih dahulu 2….

Kisah yang sebenarnya….bermula dengan surat kedua..
Sambung cita tadi…
Surat itu jelas tertera nama pengirim dari penjara pokok sena..(seorang lelaki yang berusia 30th keatas), ingatan saya semakin lupa tentang peristiwa itu disebabkan dah bertahun perkara ini berlalu dalam hidup saya….sehingga saya dah lupa nama abg 2….

Persamaan surat 1 dengan surat 2

Mesti di awal-awal sesiapa yg baca entry kali ini..eh kenapa la pulak..saya dapat surat  pon nk cerita kan…kenapa semua surat dihantar ke sekolah..kenapa tak di rumah…
Semuanya bermula apabila saya telah menghantar satu nukilan ke Skor Berita Harian 2006 di ruangan Karya Pelajar…yang bertajuk “Pengisian Ramadhan”
Surat dari budak YK dengan surat si abg penjara tadi meluahkan rasa insaf dan tertarik dengan nukilan yang saya coretkan…sehingga ada yang ingin berkenalan…
Dan kenapa semua surat itu dihantar ke alamat sekolah adalah kerana saya tidak meletakkan alamat rumah..sebaliknya nama saya serta alamat sekolah….sebab itulah surat2 sampai ke sana…surat dari abg penjara 2 saja nasib lah ia sampai ke tangan saya terlebih dahuluu,,…

Kisah dengan abg penjara

Sejak dari itu, saya terus membalas surat abg penjara tadi…surat pertama yang dia kirimkan…mengatakan..yang dia menitis air mata membaca karya saya…tahla,…apa yang dia rasa..saya tertanya-tanya..adakah karya yang saya ciptakan begitu menyentuh hati abg tadi?....

Alhamdulillah..karya yang saya cipta itu lahir dari hati saya sendiri dan berdasarkan pengalaman yang saya rasakan…mungkin apabila kita menulis bersama hati..akan menyentuh hati-hati yang membaca ketika itu…

Jujur saya katakan bahawa saat itu saya selalu membalas surat-surat abg 2…kata-kata yang diberi sering merendahkan dirinya dan menyesal akan perbuatannya…dan merasakan bahawa dirinya sangat hina…saya tidak begitu tepat apakah kesalahan yang di lakukannya sehingga dirinya menghuni di sebalik tirai besi itu…dia hanya bagitau bahawa ianya berkaitan dengan masalah bersama isterinya…

Tapi , saya turut merasa gembira…kerana abg tadi akn dibebaskan sebelum raya…
Semoga abg tadi mulakan hidupnya yang baru

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan surat abg 2..adalah kata-katanya..dan juga lukisan (corak) yang pasti dia akan lukis di setiap ruang surat itu..menulis dan melukis mungkin adalah kelebihannya…ditambah tulisannya yang kemas dan cantik…
Lama-kelamaan mak melarang saya terus membalas surat abg tersebut disebabkan sesuatu perkara yang tak dapat saya ceritakan di sini…..memang berat hati untuk berbuat demikian…tapi saya ikutkan nasihat mak…

semua surat2 yang saya simpan..dibakar..hilanglah semua memori saat itu…sehingga kini saya hanya menulis di ruangan ini sebagai ingatan yang tidak akan luput..

Itulah di antara pengalaman tatkala menjadi remaja^-^


Kita lupakan kisah perjalanan hidup saya yang tak seberapa …itu…baiklah..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan:

 selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kebaikan kepada kita…


saya akhirinya entry kali ini dengan karya yang saya cipta di Skor Berita Harian 2006 untuk kalian semua….


pengisian ramadhan

masih tersimpan segar dibenakku
ramadhan yang lalu
mengajarku erti kemanusiaan
keabdian kepada Tuhanku

Ramadhan...
kau mengajarku berpuasa
mengenal erti kesabaran
kau mengikat nafsuku
menghalang kemungkaran
kau kejutkan aku
dengan solat terawih
pada malam hari

kaki kananku yang menapak
ke rumah Allah
membenarkan aku merasa
keistimewaan setiap malam
hamparan sejadah menyaksikan manusia
sujudku pada Tuhan
suara lunak imam
mengalunkan ayat suci al Al-quran
memberi aku merasa ketenangan malam itu

Ramadhan...
kau perlu diisi
dengan kebaikan manusia
melipatkan pahala
membawa angin anjakan paradigma
kepada umat Islam

aku tertanya-tanya
bagaimana inginku
isikan kedatanganmu
selama 30hari
adakah seperti Ramadhan yang lalu
atau lebih baik lagi
untuk Ramadhan yang bakal menjelma

Ramadhan..
kau bulan ibadat
yang melemparkan
buku baru
dalam kehidupan umat

selamat datang Ramadhan...


Anis Sakinah Bt Azizan
Sek Agama Daris
Sg.Petani, kedah

Karya Pelajar skor Berita Harian oktober 2006



Thursday 21 July 2011

Ujian Hidup


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat..
Tapi kenapa banyak dugaan yang datang.
Kita minta kelapangan…
Tapi masalah pulak yang timbul…

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan..
Tapi huru-hara pulak jadinya…

Dugaan menjadikan mental kita kuat
Masalah menjadikan kita berfikir..
Huru-hara menjadikan kita tabah.

Hebatnya DIA..
Semuanya ada hikmahnya

Kalaulah kita tahu…hadis ni..
Telah berkata oleh Jibrail;


“Tuhan ..Engkau sampaikanlah hajat hambaMu”
Maka Allah menjawab: Biarkan hambaku..itu kerana Aku mencintai suaranya dan aku mahu  melihat sejauh mana tahap kesabarannya

ujian Allah buat hambaNya ibarat peperiksaan dalam hidup kita…kita harus harungi juga apa pun keadaannya..gagalkah? atau kita berjayakah menghadapinya…dan Allah sebaik-baik penilai manusia…

kali ini ruangan hidup ku goyah  dipukul ombak…
sehingga terdiam diri menunggu airmata mengalir
tekanan hidup yang perlu dihadapi…
perlu sejuta kesabaran
namun adakalanya perasaan marah menguasai diri
sedih yang amat…
adakah kebahagiaan itu masih ada…
ya Allah..lindungilah keluarga ku serta kaum kerabatku…
hapuskan kebencian yang tersemat….
Ya Allah..
Andai ini yang harus kami hadapi…
Kami terima dengan hati yang redha….
Kerana kami masih menunggu kebahagiaan yang hakiki…
Ketenangan dan keredhaanMu..…




Anis sakinah azizan
21 julai 2011
 
ujian hidup by imam muda 1
Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
KepadaNya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Kuserah takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Kutabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Kuserah takdir ditangan Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana



Dia dihati selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda
Ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya



Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Friday 15 July 2011

kala jumaat berkumandang


Wahai pakcik-pakcik ..
Kenapa lebih suka lepak di kedai makan
Tanpa pedulikan laungan azan jumaat…ketika itu
kenapa lebih suka mendengar alunan muzik radio yang kuat
Daripada mendengar khutbah jumaat
Setiap minggu saya perhatikan pakcik-pakcik
Tidak segankah pakcik-pakcik….
Setiap jumaat….pakcik lebih suka menghembuskan asap rokok
Dari duduk di dalam masjid
Pak cik..gunalah masa yang ada untuk beribadat
Hanya untuk sekejap pakcik…
Pakcik lebih suka sembang-sembang  dengan kawan-kawan
Daripada mendengar khatib membaca khutbah
Tidak sedarkah pakcik..                                
Tindakan pakcik salah…
Tidak takutkah pakcik kepada Allah…
Alasan apa yang pakcik akan bagi bila menghadap Allah…
Dalam seminggu hanya sekali pakcik
Pakcik sihat tubuh badan…
Apabila solat jumaat selesai..
Pakcik terus  memakai helmet dan menunggang motosikal ke tempat kerja
Pakcik lebih suka menghabiskan waktu rehat pakcik dengan melepak di kedai makan..
Apa salahnya jika pakcik ke masjid tunaikan solat jumaat..
Gunakan kesempatan itu pakcik
Pakcik…kita dah tak banyak masa pakcik.. tuk hidup di atas muka bumi ini
Sedih melihat pakcik..kalaulah pakcik tahu…Allah lebih sayangkan kita dari segalanya…
Tapi sejauh mana sayang kita kepadanNya..
Kenapa kita lebih memperbesarkan sesuatu pekerjaan
Daripada memperbesarkan Allah
Pakcik, hargailah waktu yang ada
Sebab kita tidak tahu bilakah waktu yang terakhir buat kita…
Jangan kita cemari jumaat yang penuh berkat
Dengan dosa yang tidak sepatutnya….



Thursday 14 July 2011

semakin dekat dengan kiamat, semakin kita jauh dari Allah

Ku lihat dunia hari ini seakan terbalik, semua menjadi tidak seperti yang sepatutnya, perasaan malu kurang menguasai diri, lalu bimbangi diri yang lemah ini terus dihanyut sungai keduniaan andainya tiada ketebalan iman yang menjadi benteng pertahanan nafsu. Wajah-wajah remaja kini semakin rosak dilambung arus zaman. Semakin diulit dengan kemodenan hidup, semakin kita melupai Allah SWT. Dunia hakikatnya gelanggang mujahadah, tetapi tepatkah untuk saya khabarkan bahawa kita jadikan gelanggang itu untuk pelbagai tujuan yang hanya menguntungkan keduniaan kita, kita lupakan akhirat , seolah-olah akhirat itu tiada.




Langit sentiasa terbuka, tetapi hati kita sentiasa tertutup, ramai yang mengunci hati dari terus terbuka indah hanya pada Ilahi yang sentiasa mengharap kepadaNya. Andainya tarikh keramat itu dapat dihitung, pasti setiap detik kita berbuat kebaikan, kosongnya kejahatan dalam diri. Para sahabat Nabi SAW sentiasa penuhi masa mereka dengan amal kebaikan kerana bimbang dosa walaupun hanya sedetik dalam sehari. Betapa kuatnya iman mereka setelah beriman kepada Allah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sejarah mengenai Ashabul kahfi amat jelas untukku kagumi keimanan mereka. Demi menjaga keimanan ,mereka melarikan diri ke gua untuk bersembunyi daripada dikejar tentera raja yang ingin membunuh mereka. Mereka itu adalah beberapa orang pemuda. Bayangkanlah, masih adakah kita pada hari ini dengan tahap keimanan yang begitu mantap. Akhirnya gua yang gelap gelita menjadi pilihan Allah untuk menidurkan mereka selama bertahun-tahun.


Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )

 Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Hal ini adalah kerana gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya


Kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal 
semata-mata. Sebenarnya kita lupa bahawa spiritual yang lebih utama perlu disuap. Kalau perut sentiasa kita beri makan, kenapa hati kita tak diberi makan. Makanan hati adalah rohani.


Ramai yang melakukan dosa tetapi tidak rasa berdosa malah sedikit pun tiada rasa bersalah. Adakah apabila makin dekatnya kiamat, semakin jauh kita dengan Allah. Tepuk dada, tanya iman kita. Semaju mana pun zaman janganlah kita lupakan Tuhan yang satu, kenapa dunia terus maju tetapi iman kita tidak maju seiring perubahan zaman?.wallahua’lam.

Friday 8 July 2011

senyumlah pada kehidupan


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana mengerakkan jemari ini untuk menaip..rindu untuk menulis dan mengeluarkan bicara. Puas memujuk hati supaya terpandu untuk menulis, adakala membaca penulisan orang lain membuatkan kita berlumba-lumba untuk menulis. Sekiranya  tanpa izin yang Maha Kuasa , nescaya hati ini tidak akan bergerak dengan sendiri  tanpa  keizinan Penciptanya iaitu Allah SWT. Setiap hari asyik bermain dengan minda dan hati yang selalu memaksa diri ini berfikir dan berkata-kata. Tapi apakan daya, hanya mampu terlindung disebalik wajah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan gelagat dan ragam manusia yang sempat dirakam. Kalau ikutkan hati mahu sahaja diluahkan,tapi biarlah tersenyum sendirian menelan pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya, yang penting segala perhatian yang dilakukan cukup menbuatkan hati ini menilai baik dan buruknya . Bak kata pepatah “yang baik di jadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan”.


Liku-liku kehidupan masih ku lalui walaupun ada waktunya diri ini tidak difahami..susah untuk memahamkan orang lain dengan cara kita….inginku katakan  kepada mereka..”ini langkahku…..” biarkan diri ini dengan dunia ku..tapi..apakan daya, kita turut terlibat dalam memahami manusia lain sehingga terpaksa korbankan langkah  yang inginku cipta buat sementara waktu demi menjaga hati-hati yang dekat denganku..


Hati yang meronta menangis seolah-olah memujuk diri, tapi usahlah terlalu lemah dengan tangisan, simpanlah air mata itu untuk keinsafan. Sepanjang tempoh ini, hatiku membimbangi kekuatan iman yang semakin lemah,..iya..itulah yang dapat dirasai tatkala ini, kesedaran dalam kelalaian…


Emosi pulak asyik terganggu dengan perasaan marah adakalanya,..dalam hati..susah nya nak senyum macam Rasulullah yang sentiasa senyum walaupun marah. Teringat dalam sebuah hadith yang menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW dengan wajah yang tersenyum…


‘Rasulullah SAW tersenyum dan baginda adalah yang paling bagus giginya”
(Riwayat al-Tilmidzi)


Semoga hari-hari yang kita tempuhi penuh dengan ukiran senyuman walaupun dalam kondisi marah, geram dan sebagainya…senyum adalah perkara yang tidak memberi kesusahan kepada kita malah membalas dengan ketenangan…


Senyumlah untuk bahagia…
Senyumlah untuk tenang..
Senyumlah dalam kemarahan..
Senyuman itu warna kehidupan..
Senyum itu kunci rahsia….
Senyuman itu sunnah Rasulullah…
Senyumlah kepada kehidupan….